Masalah Dengan Haters

Sebelum ni baca kat blog-blog popular pasal masalah diorang dengan atau pembaca yang tak suka diorang.

Ada yang buat entri khas. Ada yang mesti tulis pasal haters di setiap entri. Dan ada yang sampai buat laporan polis.

Masa tu fikir, bilalah agaknya saya nak mencapai tahap glamer macam ni.

Dan betul sangat kita boleh dapat apa sahaja yang kita nak. Ini kerana hari ni saya dapat tahu bahawa saya pun dah ada haters.

Wohoooo!

Buat haters saya, terima kasih kerana sudi datang dan menambahkan bilangan trafik ke blog saya. Kalau nak tolong klik iklan Nuffnang sekali pun boleh. ;)

Saya pernah terbaca,

Bila ada orang dengki pada kita, kita kena bersyukur sangat. Sebab ini bermakna hidup kita lebih baik daripada dia.


I love you haters! :)

Tapikan, sebenarnya ada perasaan risau juga bila tahu ada yang tak suka tetapi selalu datang ke blog kita untuk mencari kesalahan kita.

Rasa nak stop berblogging pun ye jugak.

Tapi bila fikir balik, setiap kerja yang kita buat pasti ada cabarannya. Kalau tak mencabar pun tak best.

Pada masa-masa macam ni lah jugak saya rasa respek pada orang-orang yang berjaya dan popular. Ini kerana, makin banyak yang suka, pasti makin banyak yang tak suka. Kagum dengan cara diorang menangani masalah ni.

Akhir kata, pesanan buat anda yang mungkin tak suka saya, atau tak suka sesiapa sahaja, jangan menyibukkan diri untuk menjadi penonton kepada kehidupan orang lain, tetapi jadilah hero/heroin yang berjaya di pentas kehidupan anda.

Hidup terlalu singkat untuk membenci.

Salam Maulidur Rasul

Masa saya di sekolah rendah dahulu, arwah umi saya selalu memberi tugasan untuk . Sebagai contoh, sehari kena seratus kali.

Tapi biasalah kan, kalau tak diingatkan memang selalu lupa je.

Jadi, bila umi saya tanya, “Dah selawat hari ni?”

Saya cepat-cepat selawat di dalam hati dan terus jawab, “Dah..” :)

Ayah saya pun sama. Selalu ingatkan saya supaya berselawat. Sehingga sekarang pun setiap kali call mesti ingatkan saya supaya berselawat.

Allahumma solli ala Muhammad

Dan sekarang setiap kali saya bersendirian, semasa sedang memandu, atau sedang menunggu seseorang, atau sedang ditimpa musibah, atau sedang gembira, saya akan berselawat.

Alhamdulillah, bersyukur sangat dilahirkan dalam keluarga sebegini.

Sepertimana keluarga lain, keluarga saya pasti ada kelemahan. Tetapi apabila saya sendiri sudah bergelar seorang ibu, saya faham bahawa setiap ibu bapa cuba bagi pendidikan yang terbaik pada anak.

Walaupun ibu bapa kita ada membuat kesilapan, tapi ia sebagai panduan kepada kita supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama. Kalau kita tak suka, kita kena berusaha untuk jadi lebih baik daripada mereka.

Yang penting jangan terus terusan menyalahkan ibu bapa kita sehingga nanti anak-anak kita juga turut menyalahkan kita.

Bila kita selalu memuji ibu bapa kita di depan anak-anak, mereka juga akan berbuat benda yang sama bila mereka dewasa nanti.

Dan begitulah sebaliknya. Jika kita selalu menyebut keburukan orang, orang yang mendengar juga akan nampak keburukan yang ada pada diri kita.

Jadi sempena sambutan ini, marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.

Jom sama-sama dengar bacaan selawat oleh Yusuf Islam yang sungguh menyentuh hati..

Untuk membaca kupasan yang sangat menarik tentang rasa cinta terhadap Rasulullah, jemput baca entri Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang terkini di sini.

 

 

Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?

Ayah saya suka sangat membaca surah Al Rahman.

Sejujurnya saya kagum sangat dengan ayah. Pada usia 65 tahun masih mampu menghafal banyak surah Al-Qur’an. Dan setiap kali memandu dia akan membaca surah-surah yang dihafalnya.

Ayat yang selalu diutarakan kepada saya adalah ayat 13 surah Al-Rahman iaitu,

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Setiap kali dia bermalam di rumah saya, menaiki kereta saya atau ketika bermain dengan anak-anak saya, ayah akan mengulang-ulang ayat ni.

Memang peringatan berterusan dari ayah inilah yang menjadikan saya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dari Allah.

Dan Alhamdulillah, bila kita bersyukur kita menjadi tenang, gembira, tidak tamak dan tidaklah terlalu mengejar harta benda sehingga sanggup melakukan apa sahaja.

Memang betul saya berada dalam kedudukan yang agak selesa sekarang, tetapi sebenarnya walau bagaimana pun keadaan hidup anda, pasti ada banyak benda untuk disyukuri.

Anda sihat. Pasangan sihat. Anak-anak sihat. Malah, mempunyai pasangan dan anak-anak juga merupakan suatu nikmat yang tidak dimiliki oleh semua orang.

Semoga artikel ini dapat menjadi peringatan kepada kita supaya sentiasa bersyukur.