Sunday March 7, 2010 13:53
Tips Membina Keyakinan Diri (Siri 2)
- Category: Tips Membina Keyakinan Diri
- No Comments
Hari ini saya ingin berkongsi satu komen yang telah diberikan oleh pengunjung blog saya berkenaan cara meningkatkan keyakinan diri. Berikut adalah komen beliau..
salam….
sy selalu kurang keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang ramai atau pun rakan2….terutama ketika ingin membuat presentation di hadapan kelas….mula2 sy rasa yakin tetapi ketika berhadapn dengan rakan2 dan lecterer sy mula rasa takut sampai suara sy x keluar…..puas sy cuba menguatkn suara tetapi x boleh jg..ini membuatkan sy berasa sangat malu ketika berhadapan dengan kawan2…..kadang2 sy rasa macam nk berhenti belajar sebab sy x ade keyakinan diri,tetapi sy teringatkan mak ngan ayah itu yang bagi semangat kat sy untuk terus belajar….sy juga ade cube berbagai tips untuk meningkatkan keyakinan diri, tetapi tetap tidak boleh….sy harap anda dapat membantu sy ………
Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut, ingin saya tekankan bahawa saya bukanlah seorang pakar di dalam bidang ini. Saya hanyalah seorang insan biasa yang berminat dengan perkara ini memandangkan dulunya saya juga mempunyai self-esteem yang rendah.
Sebagai manusia biasa, kadang kala saya juga merasa tidak yakin dengan diri sendiri. Namun begitu, berdasarkan pembacaan dan pemerhatian saya keyakinan diri bukanlah sesuatu yang semula jadi sebaliknya ia boleh dipupuk dan diperkembangkan. Untuk tidak menghampakan pengunjung ini, hari ini saya akan berkongsi 2 tips yang mungkin boleh membantu beliau dan rakan2 lain untuk meningkatkan keyakinan diri.
1. Memakai pakaian yang sopan, bersih dan kemas.
Salah satu cara untuk membina keyakinan diri adalah dengan memakai pakaian yang selesa dan kemas. Apabila penampilan kita baik, kita akan merasa lebih yakin. Sebab itulah kebanyakan orang yang terlibat di dalam bisnes atau kerja yang memerlukannya untuk berurusan dengan orang ramai akan menyediakan budget khusus untuk membeli pakaian yang sesuai bagi menjaga penampilan diri.
Saya bukan mengesyorkan anda membeli pakaian berjenama di luar kemampuan anda, sebaliknya pilih pakaian yang sesuai dengan budget anda. Anda juga boleh menyediakan beberapa helai baju khas yang boleh digunakan pada hari-hari yang penting contohnya hari membuat presentation dan sebagainya. Pemilihan sandal/kasut juga penting. Kadangkala kasut yang tidak sesuai akan membuatkan kita berasa janggal dan tidak selesa.
Pendek kata, seciput manapun budget anda, sediakan satu persalinan baju dan kasut yang kemas bagi membantu meningkatkan keyakinan diri anda.
2. Ingatlah Bahawa Setiap Orang Mempunyai Masalah
Tips kedua ini jika difahami betul2 pasti akan menjadikan anda seorang yang sangat berkeyakinan tinggi.
Analoginya begini.. setiap manusia mempunyai masalah dan setiap manusia menghabiskan hampir keseluruhan masa mereka untuk memikirkan tentang diri dan masalah mereka.
Jadi, kalaupun anda tidak membuat presentation dengan baik atau membuat sebarang kesalahan semasa presentation, percayalah bahawa orang lain tidak akan memikirkan sangat tentang hal ini. Ini kerana, mereka sibuk memikirkan tentang diri dan masalah mereka.
Kalaupun mereka bercakap di belakang dan menghina/mengutuk anda ia hanyalah untuk tempoh waktu yang singkat.
Percaya atau tidak, tips inilah yang digunakan oleh semua orang yang terkenal di seluruh dunia apabila diri mereka menjadi bahan gossip. Apa yang mereka lakukan hanyalah bertenang dan menunggu sehingga semua orang selesai memperkatakan tentang diri mereka.
Ini kerana, mereka tahu bahawa orang lain juga mempunyai masalah peribadi dan tidak akan menghabiskan sepanjang masa untuk memperkatakan tentang diri mereka. Hasilnya? Orang-orang yang terkenal ini tidak tertekan dan mampu meneruskan hidup dan kerjaya mereka seperti biasa.
Kalau dulu saya agak memandang negatif dengan golongan artis dan selebriti, tetapi setelah menyedari tentang perkara ini, saya mula menghormati mereka. Ini kerana, setiap artis pasti akan dilanda gossip dan hanya orang yang berjiwa besar sahaja mampu melalui perkara ini dan terus bertahan.
Saya harap 2 tips ini dapat dipraktikkan bagi membantu anda menjadi lebih yakin dengan diri sendiri. Jika anda rasa tips ini membantu, sila berikan feedback anda di bahagian komen..



Recent Comments