Hola Lagi..

Sepanjang minggu lepas banyak juga drama dengan pekerja.

Ada pekerja baru yang kononnya masuk lewat dari tarikh yang dijanjikan sebab tak sihat tapi penyudahnya tak datang terus.

Ada yang terus tak datang dan tengahari hantar msg bgtau nak berhenti.

Ada yang nak resign dan bagi notis mengejut.

Ada yang datang kerja sehari pastu resign.

Ada yang belum move on lepas kena buang kerja pastu dok hantar mesej rindu nak kerja semula.

Dan yang terbaru ada yang saya terminate sebab banyak cekadak.

 

Wah wah bila tulis macam ni, macam bermasalah sangat kan.

Tapi inilah hakikatnya bila kena berurusan dengan lebih 70 orang pekerja (production dan sales).

Hampir setiap hari ada je cabaran baru.

Mujurlah sekarang ada HR Admin yang tolong mudahkan lagi hidup saya.

 

Sebenarnya setiap kali ada yang berhenti, saya fikir positif je. InsyaAllah akan dapat pengganti yang lebih baik. Dan Alhamdulillah selalunya memang betul. Bila dah buang buruk, dapat pekerja yang lebih baik dan cemerlang.

 

Minggu lepas team kami di Bangi join expo #stabaz2014 di UIA Gombak sempena Pesta Konvokesyen UIA.

Ni kali pertama join Pesta Konvo dan nasib kurang baik sebab setiap petang hujan.

Pastu pulak hari pertama tak berniaga sebab organizer lambat siapkan platform utk peniaga.

Sepatutnya loading barang Jumaat petang. Penyudahnya loading barang Ahad tengahari.

Sales memang teruk tak berbaloi dengan sewa yang dibayar. Tapi saya tak give up pun. Bukan takde untung, cuma tak banyak sangat.

Saya pun cakap dengan staf, takpelah. Enjoy the moment je. Enjoy the rain. Enjoy the fresh smell after the rain.

 

Hari Sabtu saya pergi ke Takbai, Thailand.

Pergi dengan kakak sepupu saya yang biasa keluar masuk Malaysia-Thailand.

Kat sini ada banyakkk sangat peniaga tudung. Harga pun super duper murah. Dalam Rm13 dah boleh dapat shawl butterfly bermanik.

Tapi jahitannya tak kemas dan kainnya tak berkualiti sangat.

 

Tapi kat sini saya jumpa sesuatu yang menarik minat saya dan menyebabkan saya datang semula ke Takbai selang dua hari kemudian.

Apakah yang telah menarik minat saya tu? Hehehe.. Biarlah rahsia dulu ya.. Nanti dah jadi baru kita gembar gemburkan. ๐Ÿ™‚

 

InsyaAllah dalam masa terdekat nak pergi lagi sebab nak makan seafood sedap di area Narathiwat. Dengarnya kat sana murah sangat. Dalam RM13 dah boleh makan buffet steambot. Macam-macam ada.

 

Selasa & Rabu tak produktif sebab Yaya selsema. Jadi dia asyik merengek dan taknak berenggang dengan ibu tersayang.

 

Khamis lebih produktif. Pergi melawat kilang dan petang tu balik kampung suami untuk beramah mesra dengan keluarga suami.

Sebenarnya bila balik kampung taknak bercerita sangat pasal bisnes tapi sekarang ni kena bercerita jugak sebab dah ramai ahli keluarga suami yang kerja dengan kami termasuklah abang sulung suami.

Balik dari kampung singgah di KB Mall.

 

Happy sangat sekarang sebab anak-anak pun dah suka membaca. Kalau dulu baca komik je, tapi sekarang dah mula baca novel untuk kanak-kanak.

 

Dua malam lepas rasa mengidam sangat nak makan kek sedap-sedap especially Kek Lapis Sarawak. Teringat kenangan pergi Kuching awal tahun lepas. Rasa nak pergi lagi je.

Tahun lepas 8 hari berkampung kat Tune Hotel Waterfront. Seronok sangat sebab dekat dengan shopping malls (yang ada kedai buku) dan boleh naik sampan je untuk ke Kampung Boyan.

Masa tu shopping buku banyak-banyak dan sempat habiskan beberapa buah buku. Heaven sangat.

Pastu makan seafood kat TopSpot.

Walaupun duduk dalam bilik hotel kecik tapi rasa bahagia sangat dapat betul-betul spend time dengan anak-anak.

 

Alamak kena logout dulu. Nak pergi pickup Blueberry Cheesecake yang sedap sangat.

Hahaha.. asyik citer pasal makan je ni. Macamanalah tak bambam.

Okay bye!

Hola! :)

Selamat bertemu kembali. ๐Ÿ™‚

Jap sebelum tulis kena cek dulu artikel terakhir.

10 Oktober.

Fuh.. dah banyak update yang terlepas ni. ๐Ÿ™‚

 

Okay meh kita recap balik apa yang berlaku di sepanjang minggu lepas.

Alamak Yaya nangis. Okay nanti kita sambung ya.

Hai.. Apa Khabar Orang Kampung.. :)

Maaf lama tak update.

Sebenarnya line internet kat rumah ni tersangatlah slow. Kadang rasa nak menangis je bila bukak internet.

Selalunya saya online guna internet handphone. Tapi bila dah banyak sangat guna, sekarang dahpun limit. Ayoyo..

Sebelum cuti raya haji, kami join expo KB Grand Fest di Kelantan Trade Centre.

Sejujurnya nervous sangat.

Sebab dah ada dua outlet di Kota Bharu ni kan. So rasa macam maybe orang pun taknak datang la.

Rasa macam mesti orang taknak bersesak-sesak dan lebih prefer pergi ke outlet terus.

Tapi dalam risau, saya assign 7 orang staf untuk bertugas.

Awal-awal dah bagitahu, kalau tak sibuk, maybe beberapa orang je yang bertugas dan yang lain boleh balik.

Tapi Alhamdulillah sambutan sangat baik dan booth kami huru hara.

Keluarga suami pun semangat sangat bagi sokongan moral. Kakak dan abang ipar yang jenis tak berjalan pun gigih meredah kesesakan untuk datang melawat booth kitorang.

Ada yang sanggup parking sejauh 3km. Rasa terharu sangat..

Alhamdulillah sekarang diorang ni memang sangat support bisnes kitorang.

Dan kami pun rasa kena lebih serious supaya boleh maintain dan juga terus berkembang. Malu kat orang kampung oi! Hahahaha..

 

Alhamdulillah sales di festival ni lebih banyak berbanding sales di Terengganu. Serious happy. Serious excited nak join festival lagi. Punya excited tu kan, terus survey next festival. Dan dahpun siap bayar untuk festival pada akhir bulan ni dan juga pada bulan Disember.

Sekarang ni pulak tengah dok berkira-kira nak join expo di KL pulak pada minggu hadapan.

Macam nak je. Tapi belum finalize. ๐Ÿ™‚