Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum..

Lama betul menyepikan diri. Last update dua bulan lepas.

Sebelum tulis entri baru, baca dulu entri lama.

Alhamdulillah yang tulis kat entri tu dah terlaksana. Website dah berwajah baru dan packaging pun dah improve.

Sekarang kami dah ada plastik packaging dan paperbag dan kami pun dah tempah kotak untuk tudung dan jubah.

Label pun lepas ni akan berwajah baru juga sebab dah tukar kepada label jenis woven.

 

Dalam masa dua bulan ni Alhamdulillah banyak progress antaranya produk kami dah disiarkan di GoShop dan laku keras. Sebelum ni pihak Astro minta kami sediakan 1000 unit dan sekarang diorang dah order lagi 5000 unit untuk bulan Ogos dan September.

 

Pastu butik baru di Bangi yang diberi nama Rumah Anggun pun dah mula beroperasi. Rumah Anggun tu kononnya nak buat butik vendor tapi disebabkan kesibukan melampau dan risau tak dapat memuaskan hati para vendor, last-last kami cuma letak produk kami sendiri.

Kiranya butik asal akan menjual tudung sahaja manakala butik baru untuk produk pakaian semata-mata. Tak tahulah cerdik atau tidak ni. Tapi alang-alang dah buat, insyaAllah nak cuba yang terbaik.

Selain menjual blouse dan jubah, lepas raya ni insyaAllah mini cafe di Rumah Anggun akan mula beroperasi. Plan nak jual keropok lekor dan air buah. Semoga dipermudahkan.

 

Sebenarnya ada berita sedih.

Minggu lepas salah seorang pekerja bahagian menjahit dimasukkan ke ICU kerana sakit jantung dan juga kencing manis. Memang kami semua terkejut sangat sebab orangnya kurus dan nampak sihat je. Dia pulak memang jenis ceria. Umur dia 41 tahun tapi kami memang selalu sakat dia sebab dia pun jenis yang melayan.

Memang langsung tak nampak macam berpenyakit.

 

Pastu pagi tadi terima panggilan mengatakan dia dah menghembuskan nafas terakhir.

Dalam pukul 3 lebih kami sekeluarga menziarah arwah buat kali terakhir. Sedih sangat. Dahlah muka dia ditutup dengan tudung Benang Hijau. Rasa tak percaya sangat.

 

Sesungguhnya kita semua akan mati. Tapi sejauh manakah persiapan kita?

2 Pagi

Ohoi…

Di pagi yang indah ni tak dapat lelapkan mata. Macam-macam yang bermain di fikiran.

 

Esok ada meeting syarikat. Meeting tergempar sebab siang tadi dapat tahu ada sorang staf minta staf lain punch kad sedangkan dia langsung tak datang kerja pada hari Khamis lepas.

 

Letih sebenarnya dengan masalah macam ni.

 

Boleh tak bagi bos fikir benda yang lebih besar.

 

Cukuplah bos jadi heroin utama dalam satu drama. No more drama please…

 

Pastu malam ni dok fikir punya fikir punya fikir macamana nak mantapkan lagi bisnes.

 

Sekarang dah nampak ada dua benda yang boleh improve iaitu packaging dan website. So far dah liase dengan someone yang boleh tolong tambahbaik website dan insyaAllah minggu depan website akan berwajah baru.

 

Packaging pulak kononnya nak buat di China. Tapi macam tak tahu bila boleh pergi ke China sebab sekarang pun jadual sangat pack.

 

So kemungkinan besar tempah di Malaysia dululah.

 

Kalau boleh nak jadi bos yang baik. Yang tak garang. Yang boleh bergurau senda dengan pekerja.

 

Tapi bila pekerja yang dipercayai buat hal, rasa down sangat.

 

Tapi Alhamdulillah hari ni pun dapat beberapa good news. 🙂

 

1. Berjaya booking booth untuk Vendeur Festival.

2. Dapat offer letter dari AEON untuk pembukaan outlet baru yang lebih luas dan selesa di dalam AEON.

3. Dapat offer untuk join trip borong di Bangkok dengan rakan usahawan.

 

Excited sangat nak memborong di Bangkok.

Sebelum ni dah dua kali ke Bangkok. I love the Food!!!!!

 

Kat Bangkok kain cantik-cantik tapi sebelum ni tak tahu macamana nak bawa balik barang dari Bangkok. Bila dengar barang akan sampai dalam masa 3-4 hari, rasa macam nak meloncat-loncat gembira sebab sekarang ni selalu kena tunggu barang dalam 3-4 minggu.

 

Kain-kain yang dah dibeli untuk production baju dah selamat sampai. InsyaAllah minggu akan mula production baju pulak sebab minggu ni sibuk siapkan stok untuk expo pada hujung minggu ni.

 

Sebenarnya nervous sangat nak mulakan production baju. Macam banyak je benda nak kena prepare. Dan jugak nak kena cari tukang jahit yang lebih mahir.

 

Harap-harap semua okay.

 

Ubah Cara Berfikir

Minggu lepas saya terpaksa ke KL kerana ada meeting dengan pihak Astro, ada fashion show, ada discussion dengan kontraktor, ada interview dengan majalah Hijabista dan seterusnya ke Vietnam.

Seperti biasa, saya cuma pergi dengan Yaya.

 

Masa kat airport Ali menangis. Dia kata dia taknak umi pergi. Nak umi dok rumah. Sedih sangat masa ni. Saya pun sama-sama nangis.

Pastu terbawa-bawa perasaan sedih di sepanjang flight.

 

Bila sampai KL, call suami dia cakap Ali dah okay je. Sekejap je nangis. Pastu dah happy je. So takdelah rasa bersalah sangat.

 

Tapi still rasa sedih la sebenarnya. Sedih dan penat bila travel berdua dengan baby sahaja. Tapi kalau suami ikut, kesian pulak pada anak-anak lain.

 

Masa tarik beg dan dukung Yaya, memang rasa penat. Rasa macam bestnya kalau suami ada sekali.

 

Tapi, lepas tu saya ubah cara berfikir.

Saya berfikir Alhamdulillah saya dikurniakan rezeki anak. Anak yang sihat, cerdas dan comel-comel di pandangan mata saya.

So takpelah suami tak ikut sebab saya tahu anak-anak bahagia, selesa dan selamat bersama suami.

Takpelah jugak saya penat-penat jaga Yaya at least taklah sunyi sangat.

 

Walaupun sedih berjauhan dengan suami dan anak-anak, tapi at least saya ada rumah dan keluarga yang menunggu kepulangan saya. Satu nikmat yang tak semua orang dapat rasa.

Dan hari ni bila dah kembali ke pangkuan keluarga memang rasa bersyukur sangat.  🙂

 

Apa yang saya nak share adalah apapun situasi kita, cuba ubah cara kita berfikir dan cari benda positif. Jangan asyik dan fikir negatif dan asyik nak emo je.

p/s : Ni sebenarnya nasihat untuk diri sendiri jugak sebab selalu gak emo.  😛