Apa Khabar Orang Kampung

Malam ni tak makan malam. Pastu di tengah tengah malam ni rasa lapar sangat. Bestnya kalau dapat makan roti canai kat kedai mamak. Dan tetiba teringat kehidupan semasa di Johor.

Lama betul saya menetap di Johor. Dari 1998 sehinggalah tahun 2013. 15 tahun. Hampir separuh usia. In fact dah beli rumah kat sana. Dah suka makanan Johor. Cakap pun mesti ada ‘Ek’ ala-ala orang Johor. Hahhaa..

Bukan senang nak buat keputusan nak pindah ke Kelantan.

Sedih nak meninggalkan rakan-rakan seperjuangan dan juga sahabat yang sangat disayangi.

Dan malam ni teringat kehidupan semasa di Johor.

 

Actually okay je. Takde masalah apa pun. Bahagia je. Nak gi KL dekat. Business pun okay. Cuma penat setiap kali balik kampung suami time raya.

 

Patutlah tak ramai yang suka buat perubahan sebab bukan senang sebenarnya nak berubah.

Sebelum buat keputusan dah sukar. Dan selepas buat keputusan pun selalu dok terfikir betulkah keputusan ni.

 

Tapi sebenarnya Alhamdulillah bisnes bertambah baik semenjak kami menetap di Kelantan sebab kami dah ada tukang jahit sendiri dan sekarang pun dah ada kilang sendiri.

 

Pastu nak dapatkan pekerja di Kelantan pun tak terlalu susah sebab ramai graduate yang tak terlalu memilih kerja asalkan dapat tinggal dengan keluarga di kampung.

Makanan pun sedap-sedap. Dari pagi, tengahari ke malam ada banyak tempat makan yang sedap. Memang takde masalah tak tahu nak makan kat mana.

 

Okay bye. Dah ngantuk sangat dah. Jumpa lagi! 🙂

Sedih

Malam ni sedih sangat.

Esok kena outstation untuk beberapa hari. So kena tinggalkan 3 hero malaya di kampung suami.

Memang dah selalu explain kat dorang bahawa umi bukannya pergi sesaja. Umi pergi kerja. Dan umi sedih sangat tinggalkan anak-anak. Dan ni adalah pengorbanan kita bersama. Nak berjaya kena berkorban. Umi berkorban. Dan anak-anak pun berkorban jugak. Sebab kalau tak berkorban hidup kita takkan berubah.

Tapi malam ni rasa sedih sangat. Rasa macam selfish je. Kesian anak-anak yang mungkin kurang selesa di rumah orang.

 

On the other hand, bersyukur sebab dianugerahkan rezeki anak yang sihat dan cerdas. Ada anak yang menyayangi. Ada anak yang merindui. Ada anak yang ternanti-nanti kepulangan saya. Dan malam ini air mata saya tumpah lagi..

 

Hari tu saya bercakap dengan seorang staf. Saya cakap dengan dia. Akak bangunkan syarikat ni bukan hanya dengan modal duit, masa dan tenaga. Tapi dengan iringan airmata setiap kali kena berjauhan dengan anak-anak.

 

 

Adab Menerima Kritikan

Jadi bos ni kan bukanlah indah senantiasa.

Selalu je terima komen dari pelanggan.

Bukanlah komen negatif. Selalunya komen-komen penambahbaikan.

 

Dan adab terima komen adalah ucap terima kasih dan minta maaf kalau perlu. Bukanlah reply dengan ayat-ayat sarkastik macamlah kitalah manusia yang paling pandai sampai tak boleh ditegur.

 

Hari ni ada pelanggan komen staf di salah sebuah butik kurang mesra. Pastu bila saya tegur, dorang kemain sentap. Siap cakap “Akak nak kitorang layan macamana lagi….”

Amboi dek! Ayat kemain…

 

Kalaulah akak ni reply macam tu kat customer, dah lama kita tutup kedai dek! Dan adek pun takleh cari makan dek!

 

Bukan semua pekerja faham bahawa pelanggan yang bayar gaji kita semua. Bila pelanggan banyak tanya, rasa tak puas hati. Rasa pelanggan banyak cekadak la. Menyusahkan la. Padahal kalau takde pelanggan, kita pun tak perlu amik dia kerja.

 

Tapi bukan semua la. Ramai sangat pekerja yang bagus. Yang baik hati. Mesra. Sabar. Jujur. Amanah. Dan sangat bersemangat.

Pekerja-pekerja macam ni la yang menaikkan semangat bos untuk terus bertahan dan berkembang. 🙂