Rugi

Semalam dapat tahu ada perselisihan faham sikit antara online team dan staff butik di Kota Bharu.

So saya pun membebel sikit kat dalam group whatsapp dan bagitahu esok nak meeting.

 

So siang tadi saya pun meetinglah.

Saya panggil sorang-sorang dan tanya apa masalah.

Rupa-rupanya disebabkan terlalu takut nak meeting dengan saya, diorang dah meeting sesama sendiri dan masalah pun dah settle.

Haha.. gembira bos mendengarnya.

 

Tapi terlanjur dah jumpa saya pun ambil peluang untuk berkenalan dengan lebih lanjut dan tanya apa masalah atau komen-komen penambahbaikan yang boleh dibuat.

 

Dan malam ni saya takleh tido.

 

Ada 10 orang graduate dari pelbagai bidang dalam team saya tapi saya tak fully utilize kebijaksaan diorang.

Pastu banyak benda yang menjadi lembap sebab kononnya saya nak fikir semua benda.

 

So esok insyaAllah nak meeting semula dan nak agihkan kerja dan bagi tugasan yang lebih mencabar.

 

Tak sabar menunggu hari esok.. ๐Ÿ™‚

Walk In Interview

Hari ni buat walk in interview sebab risau dengan kadar kesibukan admin packing.

Alhamdulillah.. walaupun baru je warwarkan semalam tapi ada 18 calon yang datang. Bila ramai calon, bolehlah buat pilihan yang lebih baik. ๐Ÿ™‚

 

Selepas sesi interview, balik rumah golek-golek dengan baby sekejap. Pastu petang ada dua appointment dengan orang radio.

 

Sebenarnya bulan Oktober ni banyak sangat invest untuk iklan. Tak tahulah betul atau tak. Bijak atau tak. Tapi saya cuba jelah.

 

Okay bye. Sampai jumpa lagi. ๐Ÿ™‚

 

 

 

Setiap 7hb

Saya mendapat gaji dari Public Mutual.

Dan saya juga perlu membayar gaji para pekerja.

Kalau duit tengah kencang, bayar gaji dengan bahagia.

Tapi kalau duit paras-paras hidung, memang terasa la jugak.

Dahlah sekarang jumlah pekerja dalam payroll dah mencecah 119 orang. So gaji pun boleh tahan jugaklah. ๐Ÿ™‚

 

Kalau boleh nak jadi bos yang baik. Yang mesra. Yang boleh dibawa bergurau.

Tapi sejujurnya sekarang ni ada pekerja yang saya tak kenal. Tak pernah jumpa. Tak tahu nama.

Ada juga pekerja di outlet yang dah kerja beberapa bulan. Dan berhenti sebelum kami sempat berjumpa.

 

Dalam berbisnes ni, mood turun naik.

Ada masa semangat sangat. Idea mencurah-curah. Nak buat tu, nak buat ni. Rasa berani sangat nak buat apa-apa. Rasa macam unstoppable.

Ada masanya lemau je. Rasa lemah je. Rasa tak yakin. Rasa risau. Rasa fragile.

 

Antara cabaran utama sekarang ni adalah kekurangan stok.

Cawangan banyak tapi stok tak terlalu banyak. Jadi cuma dapat agihkan sikit-sikit je ke setiap cawangan.

So sekarang ni nak berusaha keras untuk pastikan stok sentiasa banyak.