Hari Pertama Berlalu Dengan Jayanya..

Hari ni hari pertama Baby Ali ke taska, dan juga hari pertama Abang Adi balik lambat dari sekolah PASTI.

Biasanya cikgu Abang Adi tolong hantarkan Abang Adi ke rumah sekitar pukul 1 tengahari. Tapi since Baby Ali dah dihantar ke taska dan saya boleh keluar bekerja, jadi saya dah maklumkan pada cikgu bahawa setiap hari Abang Adi akan diambil oleh suami saya sekitar jam 2.30 petang.

Bila saya tanya Abang Adi apa yang dia buat selepas waktu sekolah, dia kata dia makan tengahari, solat Zohor, pastu tidur.

Wah.. ini sudah bagus.

Kalau kat rumah pun saya tak suruh dia solat. Jadi bagus jugak dia balik lambat. :)

Baby Ali pulak nampak okay je masa saya ambil dia petang tadi.

Saya pun dah janji dengan dia untuk bawa mainan dia ke sekolah esok dan dia cakap,

Nak..

Hahaha.. Jangan ingat budak dua tahun tak boleh faham apa yang kita cakap ya. Yang penting ibu bapa kena selalu berkomunikasi dengan anak.

Alhamdulillah.. Hari pertama dah berlalu dengan jayanya. Bolehlah saya bertugas di roadshow dengan senang hati esok. :)

Jangan Takut Dengan Perubahan..

Kadangkala Allah takdirkan sesuatu supaya kita dapat mencuba sesuatu yang baru dan mungkin memberikan hasil yang lebih baik.

Daripada Baby Ali lahir sampai sekarang dia dijaga oleh bibik dan tak pernah dihantar ke taska.

Semenjak bibik saya balik ke kampung pada 3 minggu lepas, saya betul-betul bekerja di rumah sambil menjaga Baby Ali. Saya cuma keluar pada waktu petang ketika suami ada di rumah.

Dan saya pun pernah minta seorang sahabat jagakan Baby Ali sementara saya keluar berjumpa klien.

Kalau ikutkan hati, memang langsung taknak hantar Baby Ali ke taska. Macam-macam perkara negatif yang saya fikirkan.

Tapi suami tercinta memang pandai memujuk. Dia meyakinkan saya bahawa dalam hidup ni kita memang kena percaya pada orang lain. Kalau ada perasaan tak percaya, macamana kita nak maju.

Lagipun Baby Ali dah agak besar. Dah dua tahun. Mungkin bila dihantar ke taska, dia dapat belajar berkawan dengan budak-budak lain.

Lagipun dua minggu lagi saya juga terpaksa tinggalkan dia untuk ke National Sales Convention (NSC) di KL selama 3 hari dan seterusnya ke Guangzhou selama 4 hari.

Kalau tak ajar dari sekarang, lagilah susah untuk dia berjauhan dari saya nanti.

Jadi hari ni saya telahpun hantar Baby Ali ke taska untuk kali pertama. Dia happy sangat masa sampai kat sana sebab saya dah ceritakan benda-benda yang best.

Tapi bila saya call cikgu taska dia bagitau Baby Ali menangis setiap kali ada orang buka pintu dan dia macam nak balik. Tapi cikgu tu pun cakap benda ni memang normal dan semua budak menangis pada hari pertama.

Kepada ibu-ibu yang rasa sedih nak tinggalkan anak macam apa yang saya rasa sekarang, jangan terlalu risau ya. Bak kata suami saya,

Bukan awak je pandai jaga anak.

Hahaha.. :)

20120503-132621.jpg

Lambatnya makanan sampai. Saya dah lapar ni..

Contoh Character Assasination Yang Kurang Bijak..

Baru je semalam buat artikel tentang Character Assasination dan pagi ni pulak kecoh pasal muka depan akhbar Utusan dan Kosmo yang membuat character assasination terhadap Azmin Ali.

Sejujurnya saya tak baca dan malas nak baca. Pada saya, samada betul atau tidak ia tidak penting.

Yang penting adalah adakah Malaysia ini benar-benar sebuah negara Islam?

Patut ke muka hadapan surat khabar utama sebuah negara Islam menyajikan artikel dan gambar yang sungguh meloyakan?

Inikah gaya hidup yang ingin kita tanamkan pada generasi muda kita?

Adakah dengan mengeluarkan artikel sebegini menunjukkan wartawan Utusan Melayu dan Kosmo adalah wartawan yang profesional atau wartawan porno?

Kalau seseorang tak akan dianggap sebagai pesalah sehingga keputusan mahkamah dibuat, kenapa pihak media sewenang-wenangnya menyiarkan berita sebegini?

Adakah bidang kewartawanan lebih tinggi darjatnya daripada badan kehakiman?

Saya dah lama tak tengok berita utama disebabkan tak mahu anak-anak saya mendapat input 18 sx daripada pembaca-pembaca berita porno.

Tolonglah hentikan penyiaran berita-berita sebegini, kami sememangnya sudah muak!