Business Coaching

Dapatkan bimbingan step by step daripada pakar pemasaran internet. Kembangkan bisnes anda dengan cepat. Elakkan masalah yang dihadapi oleh 99% usahawan yang lain.

Jika anda sedang mencari seorang pakar dalam bidang pemasaran internet untuk membantu anda mempromosi dan mengembangkan bisnes anda secara online, saya sangat menggalakkan anda untuk menyertai sesi Personal Coaching bersama saya.

Sesi personal coaching bersama saya bukan untuk mengajar anda untuk membuat sesuatu yang mustahil. Sebaliknya, saya akan fokus kepada kelebihan dan kekuatan bisnes anda. Saya juga akan berkongsi tentang kaedah promosi yang berkesan, kaedah penghantaran barang dengan kos yang minimum, kaedah menambat hati pelanggan dan 1001 perkara yang pastinya dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit anda.

Dengan pengalaman lebih 5 tahun di dalam bidang pemasaran internet, anda sebenarnya dapat menjimatkan masa belajar anda kerana terus belajar shortcut daripada kejayaan dan kegagalan saya.

Jika anda rasa pemasaran internet boleh menjadikan anda kaya dalam masa yang singkat, anda bukanlah orang yang boleh saya bantu. Sila jangan sertai sesi ini kerana ia akan mengecewakan kita berdua.

Tetapi jika anda ingin membina bisnes jangkamasa panjang yang dapat memberikan pendapatan pasif kepada anda secara berterusan, maka saya sangat berbesar hati untuk berjumpa anda di dalam sesi personal coaching bersama saya.

Melalui sesi ini. Anda akan..

  • Berjumpa dengan saya secara face to face.
  • Terdapat 3 sesi (3 jam setiap sesi) – 9 jam kesemuanya.
  • Anda boleh habiskan 3 sesi dalam jangkamasa 6 bulan – ini memberikan anda masa secukupnya untuk mengambil tindakan.
  • Anda boleh bertanya apa sahaja yang anda ingin pelajari tentang pemasaran internet (blog, website, Facebook page dll)
  • Saya akan berikan anda pelan langkah demi langkah bagaimana untuk mempromosikan perniagaan anda (dengan menggunakan medium internet).
  • Saya akan belanja anda makan dan berkongi kisah dan pengalaman saya dengan anda.
  • Mendapat akses emel dan no telefon peribadi untuk nasihat dan bantuan selanjutnya
  • Saya akan kenalkan anda dengan kenalan-kenalan saya yang juga pakar dalam bidang pemasaran internet (jika perlu)

 

Anda boleh mendaftar untuk sesi personal coaching dengan membuat bayaran sebanyak RM999. Tempat terhad.

Untuk mendaftar, buat bayaran kepada akaun bank saya seperti yang tertera di bawah. Seterusnya emelkan bukti pembayaran ke fadzilahmamatpm@yahoo.com dan seterusnya Personal Assistant saya akan menghubungi anda untuk menetapkan tarikh dan lokasi pertemuan kita yang pertama.

Akaun Maybank Fadzilah Mamat : 101302059888

Akaun Public Bank Fadzilah Mamat : 4483863515

 

FAQs

  1. Dimanakah sesi Personal Coaching akan dijalankan?  Sesi coaching akan dibuat di sekitar Lembah Klang atau Johor Bahru. Jika anda berada di luar daripada kawasan ini, masih boleh dirunding. Tetapi anda perlu membayar caj tambahan. Sila sahkan sesi anda dua minggu lebih awal.
  2. Ada jaminan pulangan wang? Selepas sesi yang pertama, jika anda rasa ia tidak bermanfaat buat anda, anda boleh membatalkan sesi seterusnya dan kami akan memulangkan bayaran untuk sesi kedua dan ketiga.
  3. Adakah sesi ini sesuai untuk usahawan baru? Ya, memandangkan anda boleh tanya saya apa sahaja yang anda ingin pelajari.
  4. Bolehkah saya membuat bayaran secara online banking, cek, tunai atau melalui ATM? Ya. Kami terima pelbagai jenis cara pembayaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *