Weekend Yang Sibuk.. (Bukan setiap minggu pun sibuk ke? hehe..)

Sabtu 

9.00 pagi – Bersarapan Nasi Kerabu dengan suami di Restoran Lokman, Sri Skudai

10.00 pagi – Singgah di rumah Kak Ain untuk amik borang-borang EPF yang ingin disubmit. Kak Ain ni salah seorang ejen meletop saya walaupun jadi UTC secara part time. Target sales dia bulan ni RM200k. Kalau dapat tu, komisyen dalam RM4000-RM5500. Berdasarkan prestasi dia sebelum ni, saya yakin sangat dia boleh capai target dia ni.

11.00 pagi – Singgah amik borang untuk daftar ejen oleh bakal ejen, Kak Rokiyah. Akak ni adalah seorang klien saya dari tahun 2008. Sepanjang perkenalan kami, akak ni dah buat beberapa bisnes. In fact, saya ada tolong buatkan website untuk salah satu bisnes dia. Alhamdulillah, setelah dapat pulangan pelaburan yang sangat baik, dan juga lepas melihat perubahan hidup saya, dia memilih untuk menjadi UTC dan akan hadir ke kelas persediaan pada hari Rabu ini.

12.00 tengahari – Family outing di Jusco Tebrau.

3.00 petang – Tengok showhouse kat Taman Kempas Utama & Taman Kempas Indah.

5.00 petang – Singgah makan goreng pisang di Taman Universiti

6.00 petang – Balik rumah dah bersantai

8.30 malam – Menghadiri jamuan rumah terbuka di rumah kawan suami

 

Ahad

8.00 pagi – Bersarapan dengan suami

8.15 pagi – Bertolak ke Lotus Desaru Resort untuk seminar yang dianjurkan oleh leader saya. Pagi seminar. Petang ada sukaneka. Best sangat. Plan nak buat aktiviti yang sama untuk ejen-ejen saya pada tahun depan.

6.00 petang – Sampai di rumah.

8.30 malam – Pergi ke gerai makan kawan suami yang baru hari pertama beroperasi. Alhamdulillah makan free lagi. 🙂

10.00 malam – Cik Sal, seorang lagi ejen part time saya datang ke rumah untuk kirim borang untuk disubmit di pejabat Public Mutual esok. Cik Sal bakal bergelar Agency Supervisor tak lama lagi dan insyaAllah lepas tu akan upgrade kepada UTC sepenuh masa.

10.30 malam – Kakak saya sekeluarga singgah ke rumah.

12.00 malam – Taip blog

 

Kesimpulan : Jadual agak sibuk tapi Alhamdulillah masih sempat lagi ajar anak mengaji selepas Maghrib, sempat telefon ayah untuk tanya khabar, sempat bukak balik buku bahasa Mandarin dan yang penting, sempat mengingati mati.

Kebelakangan ni asyik teringat pasal kematian je. Sampai terfikir siapa la yang akan jaga anak-anak saya sekiranya saya dan suami meninggal. Boleh ke orang yang jaga tu sayang anak saya macam yang saya sayang. Sampai tercakap pada suami,

Saya harap kalau kita mati muda pun, biarlah anak kita pun mati sama-sama, sebab rasa tak sanggup nak bayangkan kehidupan anak-anak tanpa kita.

Tak baik kan fikir camni. Allah kan dah tetapkan rezeki untuk semua hambaNya. Ya Allah, apapun takdirku, aku redha..

Tetiba teringat quote yang pernah dibaca oleh ayah saya,

Everybody wants to go to heaven, but nobody wants to die

Betul kan?

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *