Target Selepas Bersalin : Melayakkan Diri Untuk Trip Percuma Public Mutual

Seperti yang rakan-rakan sedia maklum, di sepanjang kandungan ini kesihatan saya tidak menentu dan membataskan aktiviti bisnes unit trust saya. Apabila terjumpa kata-kata motivasi di laman web ILuvIslam.com, saya berasa seolah-olah mendapat harapan dan semangat baru. Saya juga bertambah yakin bahawa ujian kecil yang saya hadapi sekarang ini adalah untuk menguatkan jiwa saya bagi berdepan dengan masalah yang lebih besar.

Tidak mustahil selepas ini saya akan lebih berjaya di dalam bisnes unit trust dan juga di dalam pengajian PhD saya. Ini menjadikan saya rasa semakin positif dan bersemangat untuk kembali aktif di dalam bisnes unit trust selepas kelahiran baby saya yang nanti.

Sebagai manusia normal, saya akui kadangkala saya rasa tertekan dengan keadaan kesihatan saya di sepanjang kandungan ini. Tambahan pula apabila mendengar kisah-kisah kejayaan rakan-rakan Unit Trust Consultant (UTC) lain yang mendapat sales yang besar, naik pangkat dan juga melayakkan diri untuk mengikuti Incentive Trip & Challenge Trip pada tahun ini.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan di Public Mutual Agensi Johor Bahru terutamanya buat Kak Yana dan Kak Jijie yang akan ke Dubai, Kak Norma dan Lela yang akan ke Seoul dan seterusnya buat Kak Linda, Faizol, Kak Su dan Kak Wati yang akan ke Bali pada bulan Mei nanti. Kebanyakan mereka akan membawa pasangan masing-masing untuk berjalan sambil memadu cinta. Waduh.. romantiknya!!

Sebenarnya saya memang sangat berhajat untuk melayakkan diri dan membawa suami melancong ke Dubai atau Seoul pada tahun ini. Namun disebabkan ujian kecil ini, hajat saya belum dapat direalisasikan.

Selepas bersalin dan sihat sepenuhnya nanti saya telah merancang untuk kembali aktif dan bekerja dengan lebih bersistematik bagi merealisasikan matlamat saya untuk qualify trip bagi tahun 2011. Destinasi yang telah ditetapkan oleh Public Mutual bagi tahun depan adalah New Zealand, Shanghai dan Phuket (bergantung kepada jumlah sales).

Saya sangat ingin memberi peluang kepada suami saya untuk merasa sendiri percutian indah yang ditaja sepenuhnya. Maklumlah suami saya selalu memberi dorongan kepada saya untuk berjaya di dalam apa jua bisnes yang diceburi dan telah banyak berkorban untuk saya.

Walaupun suami saya juga merupakan pengkritik tetap saya, tetapi dia jugalah yang selalu menyuntik semangat kepada saya apabila saya ‘down’. Tanpa dia, saya mungkin tidak akan berada di tahap ini. Sebab itulah saya tersangat ingin menghadiahkan pakej percutian merangkap pakej memadu cinta yang istimewa untuknya.

Semoga niat suci saya ini diredhai Allah dan jalan ke arahnya dipermudahkan. Kawan-kawan tolong doakan saya berjaya ye..

Ikhlas,

One thought on “Target Selepas Bersalin : Melayakkan Diri Untuk Trip Percuma Public Mutual

  1. Yati

    Alhamdulillah…Allah dah hadiahkan pelangi untuk Zila. Pelangi yang sangat indah, sangat berwarna-warni….. yang buat akak jeles. Setiap ujian pasti ada hikmahnya. Semoga akan lebih banyak pelangi-pelangi yang akan hadir dalam hidup Zila. Do'akan akak juga ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *