Takde Mood..

Hmmm…. macam tak sesuai je tajuk ni untuk blog ‘Seorang Unit Trust Consultant Yang Terlampau Positif’.

Tapi tulah.. saya pun manusia biasa jugak. Ada up & down..

Aktiviti orang yang takde mood adalah suruh Cik PA datang rumah, minta tolong Cik PA isi borang-borang yang berkaitan sambil-sambil call beberapa orang klien.

Lepas makan tengahari, Cik PA pergi ke pejabat Public Mutual untuk submit borang dan saya pun tidur sekejap.

Starting next week, Cik PA akan berhenti untuk jadi Unit Trust Consultant sepenuh masa. Alhamdulillah, i’m so happy for her.

As for me, belum bercadang nak amik PA baru since Mr Hubby pun akan jadi fulltime UTC jugak starting November. Jadi, lepas ni dia boleh tolong buat kerja-kerja PA jugak.

Tak sabar rasanya nak spend more time dgn Mr Hubby. Bangun tidur sama-sama. Breakfast sama-sama. Keluar sama-sama. Jumpa orang sama-sama. Bestnya! Alhamdulillah… 🙂

Bila fikir pasal ni tetiba mood pun datang… hehehhe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *