Tak Sabar Menunggu Kelahiran Baby

Semenjak 2 minggu kebelakangan ini, saya rasa tidak sabar untuk menyambut kelahiran anak ketiga saya. Kalau diikutkan due date saya adalah pada 27hb April ini yang mana tidak sampai seminggu sahaja lagi. Tapi tak tahulah kenapa saya rasa tak sabar sangat nak bersalin. Suami saya sering memujuk saya dengan mengatakan bahawa:

“Selama 9 bulan ni awak boleh sabar, takkanlah lagi seminggu tak boleh..”

Saya memang setuju dengan pendapat suami tu tapi tulah.. susah nak gambarkan perasaan saya ni. Rasanya para ibu yang membaca entri ini mesti memahami keadaan saya sekarang. Semakin dekat tempoh kelahiran, semakin tidak sabar dan semakin risau rasanya.

Tambah-tambah bila melihat baby yang comel-comel, rasa jelesnya pada ibu diorang sebab dah selamat melahirkan anak. Hehe… patheticnya saya!

Sekarang ni saya memang cuba menyibukkan diri saya dengan membuat tutorial unit trust, presentation slide dan mengatur strategi untuk dilaksanakan selepas saya habis berpantang nanti sebagai satu cara bagi  mengurangkan perasaan tidak sabar ini.

Diharap rakan-rakan dapat mendoakan saya selamat bersalin ya..

2 thoughts on “Tak Sabar Menunggu Kelahiran Baby

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *