Tak Ada Suara..

Bangun pagi tekak makin perit. Bila nak cakap, suara tak terkeluar.. Pastu, apa lagi, sambung tidur.. 🙂

Pukul 1 bersiap-siap sebab ada appoinment dengan klien yang nak melabur. Terfikir jugak macamana la agaknya nak jumpa orang dalam keadaan tak ada suara. Tapi since dia ni adalah existing klien yang nak tambah pelaburan rasa boleh handle je kot.

Masa jumpa dia, serius kelakar. Sebab saya banyak cakap guna bahasa isyarat. Bila dia tanya ok ke melabur sekarang, saya cuma tunjuk ibu jari dan kata “Ok sangat” tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Hahaha!

Petang pergi ke Angsana untuk beli baju raya anak-anak dan bibik. Lepas berbuka singgah Gloria Jeans Coffee untuk beli air Cocoa Loco yang sangat best.

Sebelum ni pernah berbual dengan seorang pekerja kat situ dan promote tentang kerjaya UTC. Since malam ni dia agak free, dia minta saya explain. Tapi saya terpaksa tunda ke hari yang lain sebab memang tak ada suara untuk share tentang kerjaya UTC.

Suami cakap, Allah nak saya berehat dan betul-betul cuti raya. Kalau tak, mulut ni sibuk nak cerita pasal Public Mutual je. Hehehe…

Pasal Buku..

Alhamdulillah berjaya habiskan buku Azizi Ali. Suka sangat dengan gaya penulisan dia. Memang santai habis!

Bila baca buku dia saya rasa lebih yakin untuk publish buku. InsyaAllah akan sambung balik aktiviti penulisan yang dah tertangguh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *