Sunday September 16, 2007 09:31
Pengajaran dari Pengalaman Menyertai MLM (Zhulian)
Pada pagi ini saya telah pergi ke Agensi Zhulian, Skudai untuk melihat koleksi terbaru barang kemas yang biasa akan keluar setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri. Sebenarnya saya pernah bergiat aktif di dalam Zhulian pada tahun 2004. Namun begitu sekarang ini saya sudah tidak lagi aktif. Semasa saya di Agensi, saya telah berjumpa dengan beberapa orang rakan yang masih lagi aktif dan dulunya begitu rapat dengan saya.
Apabila kami berbual-bual, mereka mula menyindir saya kononnya saya ini tidak tetap pendirian dan orang macam saya ini memang tidak akan berjaya. Betapa tergurisnya saya…
Kepada sesiapa yang pernah menyertai mana-mana MLM dan membaca kenyataan ini, pasti anda boleh memahami perasaan saya. Ini kerana, apabila kita menyertai mana-mana MLM sekalipun, pada suatu tahap kita akan rasa kita patut berhenti. Walaupun pada awalnya kita rasakan yang ia merupakan satu perniagaan yang betul-betul kena dengan jiwa kita, tapi lama-kelamaan hati kita akan menjadi tawar dan kita mula mencari alternatif lain. Dan itulah yang saya alami.
Namun begitu, saya tidak pernah menyesal menyertai Zhulian. Ini kerana, dari sudut yang lain, saya telah belajar banyak benda melalui Zhulian. Antaranya:
1. Belajar Cara Meyakinkan Orang
2. Belajar Cara Membina Perhubungan dengan Orang
3. Mendapat ramai kenalan yang terdiri daripada Usahawan Yang Berjaya
Walaupun saya tidak lagi bergiat aktif dengan Zhulian, saya rasa ada juga hikmahnya. Antaranya :
1. Saya tidak memandang rendah/negatif kepada orang yang melakukan kerja/bisnes separuh jalan. Ini kerana, saya yakin setiap orang mempunyai alasan tersendiri di dalam mengambil apa-apa tindakan.
2. Saya belajar untuk tidak bercakap besar (brag) di dalam apa jua bisnes yang diceburi kerana kita tidak tahu sejauh manakah kejayaan yang akan kita capai.
3. Saya mula memahami betapa rapuhnya nilai persahabatan di dalam MLM. Ini telah mematangkan saya dan saya cuba untuk tidak menjadi seperti mereka yang hanya bersahabat untuk kepentingan perniagaan semata-mata.
Menjadi seorang yang pernah gagal juga sebenarnya merupakan satu hikmah yang sangat besar ertinya di dalam kehidupan saya. Ini kerana, ia menjadikan saya seorang yang lebih merendah diri.
Update terkini :
Bermula Jun 2007 sehingga sekarang saya sudahpun beralih arah daripada perniagaan MLM dan memulakan kerjaya sebagai seorang Unit Trust Consultant bagi syarikat unit trust No. 1 di Malaysia iaitu Public Mutual Bhd.
Alhamdulillah kerjaya ini benar-benar sesuai dengan jiwa saya kerana antara tugas saya adalah memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menyimpan duit dan mempromosikan pelaburan unit trust yang merupakan sejenis pelaburan yang sangat menguntungkan.
Jika anda sedang tercari-cari peluang untuk menjana pendapatan tambahan dengan cara yang profesional, tidak menganiaya orang lain, stress-free dan modal permulaan yang rendah, sila klik di sini untuk maklumat lanjut.
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pelaburan Unit Trust.
Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang kerjaya Unit Trust Consultant yang boleh membantu anda menjana pendapatan tambahan dengan cara yang profesional, tidak menganiaya orang lain, stress-free dan modal permulaan yang rendah.
- Category: Suka Duka MLM
- (55) Comments






lite of one
June 30th, 2008 at 5:00 pm
Tahniah kpd saudara yg tlh mbri peluang kpd diri utk mcuba mnyertai bisnes MLM TLEBIH DAHULU. Bak kata pepatah CUBA DULU BARU TAHU. Dimana2 pun kita pasti diuji oleh Allah. Itu janji ALLAH KPD HAMBA2NYA YG BERIMAN. Menceburi mana2 cabang bisnes mmg xblh lari dr dugaan,cabaran. Nabi Muhammad S.A.W. adalah usahawan/AHLI PERNIAGAAN yg satu2nya model terunggul di dunia ini utk bjaya dlm dunia bisnes. BERUSAHA+SABAR+TAWAKAL=BERJAYA. Bisnes MLM ADALAH SALAH SATU CABANG/ JENIS PERNIAGAAN MASA KINI. Kalau satu jenis je bisnes spt peruncitan dll. xmcbar namanya. ITU SBB 9/10 REZEKI DTG DR BISNES. JADI ORG2 YG BFIKIRAN NEGATIF TTG BISNES MLM BUKALAH MINDA! XPERLU KUTUK2,SINDIR2, PERLI2, XYAKINLAH DLL. MANA2 BISNES TETAP KENA KELUAR MODAL OOI. KALAU XNAK KELUAR MODAL XPAYAH BISNES.
ibusabrina
August 11th, 2008 at 1:34 pm
saya bersependapat dengan u. Ada hikmah di sebalik kegagalan. Lebih baik kita gagal setelah mencuba dari tak mencuba langsung. At least kita tahu apa yang kita boleh go-on, apa yang tak boleh menyebabkan kita akan cari alternatif lain.
hanakhairi
February 13th, 2009 at 2:21 pm
yupz saya sependapat dengan anda, dunia MLM ni mmg persahabatan agak rapuh dan ada juga yang mementingkan diri sendiri (base on my experiencela). Tapi self esteem kita akan jad kuat setelah join MLM… anda boleh bercakap dengan baik di hadapan org ramai walaupun sebelum ini anda merupakan seorang yang agak pemalu dan pendiam.
Tapi bagi saya cukuplah untuk jadi senang dan tek perlulah jadi kaya raya. Bagi saya tak berhutang adalah lebih baik daripada menanggung hutang keliling pinggang sebab tu sekarang saya hanya wat bisnes yang saya rasa saya mampu untuk kuarkan modal cash. Walaupun untung tak banyak mcm join MLM , tapi alhamdulillah….
sweet girl
February 19th, 2009 at 5:56 pm
bila di fikir logic ..say baru bercadang nak tgk2 kelebihan MLM..tapi nmpaknya takkan kemana kan..
http://picture-wallpapers.blogspot.com
badboy
February 28th, 2009 at 1:05 pm
telah banyak mlm yang saya ceburi semuanya gagal hinggalah saya bertemu dengan cosway. dengan menjadi ahli cosway saya dapat membeli barang dengan harga yang amat berpatutan. Jika ingin membina network hasilnya dapat dinikmati sepanjang hayat dan boleh diwarisi kejayaan kita. Cubala…
nufaha
March 9th, 2009 at 5:48 pm
salam…btol2…sy setuju dgn bisnes mlm neh…sy bru 20 thn..sy da cube try closed member2 yg leh…ad jugak cube closed ngan org yg sy x knal…kane condem abes2 pun ader…tp xper cos sy pikir ni permulaan…skrg neh sy join mlm bru…mungkin korg blom penah dgr lg..syrkt ni khusus tuk org melayu…tu yg buat sy tertarik nak join…lgpun maintain tiap bln pun murah..syrkt ni bertujuan nak jadikan org melayu jutawan…tu yg sedang kami usahakan….kalo berminat bleh contact sy kat email : nufaha@yahoo.com @ 0173471487
admin
March 9th, 2009 at 6:47 pm
Awak ni macam nak promosi je.. takpelah saya bagi can..
Semoga berjaya dalam bisnes!
noli
April 17th, 2009 at 1:43 am
salam..ermm…bukan semua org MLM mementingkan diri sendiri n tak semestinya nilai persahabatan itu rapuh didlm MLM.. itu semua bergantung kepada individu itu sendiri.
admin
April 17th, 2009 at 9:54 am
Terima kasih atas pandangan Cik Noli.
Bagi saya pandangan dan kepercayaan setiap individu akan berubah bergantung kepada pengalaman dan pergaulannya.
Rasanya mungkin Cik Noli lebih bernasib baik daripada saya di dalam soal ini..
azroi
May 6th, 2009 at 12:24 pm
salam….kepada semua kawan2,berpegang pada yang satu ja lah.kita pun sama2 orang melayu,orang islam pegang pada agama islam.sama juga dalam bisnes mlm nih setia dengan yang satu.bukan korang xbleh berjaya cuma dalam diri korang tuh tiada jiwa untuk menjada orang yang berjaya.ronaldo pemain bola sepak terbaik dunia pun tak da plak menceburi bidang bowling ka,tenis ka,ragby ka….kenapa?sebab setia pada yang satu.tu ja jawapannya…jadi pikir sendirilah.bukan tak bleh berjaya tapi jiwa kecil sangat.baru mula,dugaan tuh mesti ada.tapi bila jiwa kecil,datang dugaan sikit pun dah tak nak buat.abis,macamana nak berjaya…?sedangkan kita semua pun dah tahu,sama ada senang atau susah Allah tetap akan menduga kita…..dalan dunia nih,takda siapa pun yang terus berjaya..kejyaan tu pasti akan menjelma dengan adanya kegagalan disebabkan orang yang gagal akan belajar dari kesilapan….
FadzilahMamat
May 6th, 2009 at 8:05 pm
Saya memang sangat bersetuju dengan pandangan Encik Azroi bahawa kita perlu fokus dalam melakukan sesuatu bisnes..
Namun begitu, di dalam mencari sebuah bisnes yang betul-betul sesuai dengan kita, kita pastinya akan menceburi beberapa buah bisnes terlebih dahulu.
Lagipun, jika kita membaca kisah-kisah kejayaan usahawan-usahawan yang berjaya, mereka bukannya terus berjaya sebaliknya gagal terlebih dahulu di dalam perniagaan sebelumnya..
Di dalam sebuah perniagaan juga, kita juga perlu ada exit strategy.. dengan kata lain kita perlu bersedia untuk berhenti sekiranya perniagaan itu lebih mendatangkan kerugian berbanding keuntungan.. Tak perlulah kita terlalu menjaga ego dan maruah kita sedangkan kita tahu bahawa perniagaan yang dijalankan tidak sesuai dengan kita dan sudah tidak berpotensi..
FadzilahMamat´s last blog post..“Mulakan Pelaburan Unit Trust untuk Menggandakan Wang Anda”
FIZA PAREB
May 16th, 2009 at 3:01 am
saya saja je nak tanya..sebenarnya saya terbuka email nie masa saya cari prospek tuk zhulian.saya nak tanya kenapa akak berenti?dah banyak ke modal akak kuarkan?mesti akak dah sampai tahad DIAMOND and dah dapat tabung kete..seaba tu akak berenti..sebab ramai yang saya dah jumapa sumenya mcm tu..lebih membuktikan lagi jiran saya pn mcm tu..dah dapat kete..kurang setahun terus berenti..nape ye?leh share..dan nasihat akak tuk saya yang dah join hmpir 7 bulan dan dah bermodal sndiri hmpir rm8000, dh mkn B-young tapi nak cari prospek pn susah dan x capai2 pn lg SE.sedih tak? untuk pengetahuan akak saya hampir putus asa dan pada pendapat saya bukannya menguntungkan, merugikan ada.emas lebuh..duit pn lesap..
leen
May 18th, 2009 at 1:26 pm
baru2 ini saya didatangi kwn lama & memperkenalkan saya dgn mlm sistem baru. sya teruja dan terus bayar keahlian dan beli brg pertama saya, 2 hari lepas saya pergi ke perjumpaan ahli2 dan saya diberitahu yg jika ingin terus berjaya dan cepat naik pangkat saya perlu mengeluarkan modal sbyk RM8 ribu, saya masih terfikir2 samada ingin meneruskan atau tidak tetapi saya melihat ramai usahanita di syarikat mlm itu yg telah berjaya dlm masa yg singkat. saya bekerja makan gaji dan kurang yakin yg saya boleh bercakap dan berjumpa dgn org utk mengrekrut org. masih dalam dilema..
Dee Saeiful Afla
May 21st, 2009 at 2:29 pm
Assalamualaikum… boleh tak saya ingin mengajak puan fadzilah bercerita dengan satu lagi perniagaan yang dapat menjana pendapatan bagi pengusaha2 Zhulian… Sedangkan ahli yang telah berjaya sehingga pangkat tertinggi Zhulian juga menyertainya…
Sesuatu yang baik elok kita kongsikan…
Msg saya atau email.. sekiranya ingin saya berjumpa dengan puan boleh maklumkan pada saya di 0173224177 atau email PutraNforce@yahoo.com
Kenapa Saya Berhenti Melakukan Bisnes Zhulian? | fadzilahmamat.com
May 23rd, 2009 at 7:01 pm
[...] ini saya telah membaca satu komen daripada pembaca saya iaitu Fiza Pareb seperti berikut: Saya saja je nak tanya..sebenarnya saya terbuka email nie masa saya cari prospek [...]
eddreenal
June 10th, 2009 at 5:19 pm
akum akak.saya terbaca pengalaman akak ni….saya tak tahu nk kata apa.rasa mcm akak sama je nge saya.tapi saya skrang tetap lagi sebagai pengguna Zhulian.nk ckp leader pun rasa mcm tak layak je. memang ler kalau buat MLM ni perlu ada kesabaran yg tinggi. Kadang2 saya terpikir mampukah saya teruskan bisnes ini…..
krini
June 18th, 2009 at 9:49 pm
just come across ur blog. produk zhulian ada yang ok, sistem MLM zhulian pun ok tapi krini tak minat utk buat biz mlm zhulian sbb produk2 nya adalah lebih kepada produk2 skunder dan mewah. BUKAN produk dari katagori premier(keperluan). bilangan prospek bagi barangan skunder dan mewah lebih kecil berbanding barangan premier. Repeat order dari pelangan/downline kita lagi le kurang kekerapannya. agak renyah utk memajukan biz. Boleh maju tapi Renyah. diulangi RENYAH! Walaupun leader zhulian mendakwa produk kesihatan mereka adalah dlm kategori barangan keperluan masa kini, tapi sebagai peniaga kita kena kaji jugak berapa banyak saingan yg ada dlm pasaran sekarang. saingan sebenarnya bagus, sbb pengguna boleh buat perbandingan, tapi bila terlalu besar saingan, produk kita perlu ada x factor. ‘x factor’ tu le yg krini tak nampak ada di zhulian. NAK MENJUAL SUSAH. NAK MENAJA LAGI LE SUSAH. Ada banyak MLM lagi dlm malaysia ni, cari le yg mudah, produk orang pakai hari2, harga & kualiti competitive -urusan jadi mudah. Mempelbagaikan produk pun satu strategi yg bagus, jadi kita tidak lah bergantung kepada satu produk. islam menggalakkn kita bijak & kreatifkan?
pn mezik
July 20th, 2009 at 9:21 pm
Pn Fadzilah,
Saya kenalan rapat puan ketika dulu (10 tahun yg lepas sbg seorang roomate), begitu kagum dgn perubahan diri puan yang sgt memberangsangkan. Puan mempunyai pandangan yang amat positif di atas penglaman2 dlm network marketting. Saya juga pernah menyertai MLM, tetapi atas sbb2 tertentu saya terpaksa berhenti separuh jalan, tapi banyak ilmu dan pengalaman yang baik yang saya perolehi. Paling utama saya mendapat kawan2 partner yang sgt akrab dan susah senang bersama, ilmu network marketting termasuklah prospecting, komunikasi yang berkesan dan self confident yang sgt tinggi…
Harap puan masih kenali saya
pn rina
August 4th, 2009 at 8:39 pm
Tahniah,sya setuju dgn pendapat puan trhadap MLM..banyak perkara positif yg dpt kta belajar..sya join zhulian(damansara) kerana teruja melihat seorg kwn bekas pensyarah,yg dh pun bwk keta mewah hasil zhulian..dn hasil bimbingan beliau dlm tempoh 4 bln shj income sya 4 angka..tp skrng sya terpaksa slow bwt seketika kerana mnjga suami yg menghidap canser…dn insyaallah lepas raya ni nk fight semula..semangat sya terpelihara kerana kesungguhan beliau dn dia benar2 bertanggung jawap dlm menjga down linenya….
thanks CDM IM…
EMEL2U
August 27th, 2009 at 1:37 am
Assalamualaikum…..
Perniagaan secara on-line pada masa kini semakin meningkat. Tetapi strategi-strategi pemasaran yang lemah memungkinkan seseorang itu gagal dalam mencari prospek dan mendatangkan kegagalan. Perniagaan secara on-line ini memerlukan pelbagai kaedah perancangan yang rapi agar perniagaan ini positif dimata prospek.Antara strategi yang dimaksudkan tersebut ialah kaedah menggunakan e-mel. E-mel merupakan alat penghubung yang terpantas berbandding dengan konvensional iaitu secara pos. Dalam masa 1 saat sahaja e-mel akan sampai ke tangan penerimanya. Inilah kuasa on-line……!!!!.
SEKIRANYA ANDA SEORANG USAHAWAN SECARA ONE-LINE,
DAPATKAN 3000 ALAMAT E-MEL DARI SAYA.
**3000 E-MEL INI ADALAH AKTIF & DARI PENGGUNA DI MALAYSIA**
**Harga 3000 e-mel ini sebelum promosi adalah RM 50.00…TETAPI
untuk bulan RAMADHAN 2009, harganya cuma RM 20.00
(0.0066 sen/e-mel)
Untuk mendapatkan 3000 e-mel ini….Sila Bank-in ke dalam akaun
MAYBANK (No. A/C:153104112284),
Selepas Bank-in, sila SMS
HANTAR KE 013-9825313
DALAM MASA 1 JAM, 3000 E-MEL AKAN BERADA DALAM EMEL ANDA….
‘SEMOGA BERJAYA DALAM PERNIAGAAN ON-LINE’
Wassalam……..
Mohd Hasif idris
September 10th, 2009 at 9:39 am
Salam,
Saya bukan nak promote..tp skit2 tu adalah..hehe.
MLM telah melahirkan ramai jutawan..itu adalah Fakta.
tak kiralah Zhulian, Amway…Fortune,Luxor ..etc..
Dgn fakta inilah saya menyertai bisnes MLM. Dulu mungkin byk org buat secara Offline.mcm kene jumpa org etc….pada saya ia bisnes yg susah..skang byk yg buat secara online…kurang skit dpt sindiran dr kawan2..eheh..bisness secara online lagi luas marketnya..mudah nak cari downline…hanya perlu fokus pada promosi saje….
Kekukuhan sesuatu syarikat juga penting klu nak masuk MLM. Pilihlah bisnes global…klu boleh company luar negaralah mcm Vemma
Sila layari http://www.asia.globalvemmagroup.com
Wassalam
Ahmad Ashry
September 14th, 2009 at 11:04 am
Saya pun menghadapi masalah yang sama dengan upline yang selalu menekan sales. Tapai itu adalah pilihan kepada kita jugak. Selalu juga tak bersependapat dengan upline, pernah group kami merajuk tak nak datang meeting. Akhirnya okay balik. dah setahun kami join Zhulian dan sekarang nak fight pangkat Diamond. Yang penting bukan buat sale untuk upline, tetapi buat untuk diri sendiri.
fiza
October 20th, 2009 at 2:40 pm
Akk,..
semalam baru saya g zhulian,bagus bila dgr ceramah dowg,..buat kita timbul kesedaran dan semangat,..
Tapi,….yang tak best nyer dowg x bagi peluang kita tuk berfikir suh segera daftar,..sampai 2 org upline yang push fiza suh daftar jugak2,..siap amek borang mintak ic,..trus nak reg,..e2 bagi fiza dah terlalu keterlaluan,..fiza tetap taknak daftar jugak2,..
Sebenarnya fiza dalam dilema nak buka cosway stokist,projek baru cosway,yang boleh buka stokist tanpa modal,..wisau jugak sb keuntungan 10% sahaja tuk kita dan selebihnya cosway,..wisau tak menjadi,..skg plak dapat offer bank islam,keja yang insyAllah menjamin masa depan,dengan gaji yang tak seberapa..tapi sampai bila nak makan gaji,..akk bantulah fiza,..
nuajon
October 27th, 2009 at 12:20 am
saya 10 tahun lepas pernah join Zhulian pastu stop sbb tk yakin dan kerja mkn gaji..tp rezki mmg ada dimana-mana even kita kerja mkn gaji, hingga kini saya masih tk dpt kecapi kemewahan spt mana ahli2 MLM yg lain yg tlh berjaya…kini 2009 pada October lalu saya join semula Zhulian, dan harapan agar saya akan lbh yakin utk mndpatkan lbh ramai customer dan jualan yg baik.
kalaulah saya serius 10 tahun dulu ngn Zhulian, pasti kini kejayaan dan kemewahan milik saya dan juga ahli2 lain.
salma
November 23rd, 2009 at 9:10 pm
Salam…
Saya pernah juga menghadiri taklimat bisnes zhulian,jiran saya yg bawa pergi agensi.Mula2 tu excited la juga,tapi bila dengar je modal permulaan pun ribu2,tertelan juga air liur.Last2,saya tak jadi nak join.Akhirnya,saya menyertai Shamelin Bina yg menjual jus manggis.Saya buat research tentang kelebihan jus manggis shamelin berbanding produk2 lain.Dah puas hati,baru saya register.Yelah,saya ni bukan minat sangat dengan bisnes ni,belajar tapi saya cabar diri saya untuk berubah demi masa depan anak2.Mana2 syarikat yg kita join,semuanya terletak pada usaha kita juga untuk berjaya.Tiada kejayaan tanpa usaha.Memang banyak syarikat2 MLM di Malaysia ni.Semuanya bergantung kepada kita sendiri untuk membuat pilihan yg terbaik untuk diri kita.Rajin-rajinlah buat research kat internet.Kalau kita tak mampu nak mulakan dengan modal yg besar,carilah syarikat yg memerlukan modal yg kecil di permulaan.
Sekian.Selamat maju jaya..
linda
December 8th, 2009 at 4:06 pm
Saya juga pernah menyertai Zhulian tapi sebagai ahli sahaja. Dah lama berhenti. Sebab join pun bila macam dipaksa datang dengar ceramah dan pada pandangan saya pendekatan yang digunakan untuk mengajak orang join amatla merimaskan. (Telefon banyak kali, ulang2 cakap, push kata da bayarkan dulu seminar, pastu nanti kita balik kemudian- siapa suruh? Tak minta pun). Ini adalah pengalaman saya mungkin tak sama dengan orang lain.
MLM secara keseluruhannya kalau nak join kenala kita buat siasatan dulu mengenai background co tersebut, kejayaan2 majoriti yang telah dicapai, cara marketing, product berdaya saing & etc.
Kalau pendekatan yg digunakan kurang profesional & rasa rimas je tak payah join.
lyna
December 10th, 2009 at 10:54 am
salam utk semua,
~
Saya terpanggil utk mmberikan komen di sini utk mmberi pndgn saya thadap bisnes MLM ni khususnya bersama SYARIKAT ZHULIAN..pd pndapt saya pelan pemasaran yg disediakan di sini sgt hebat dan mudah utk dicapai, asalkan kita ada kesanggupan dan kemahuan utk melaksanakannya.
Saya agak tertarik dgn komen dari FIZA PAREB yg mengatakan beliau bermodal hmpir 8ribu utk Zhulian tp x mmbuahkan hasil dan masih x smpai ke pgkat SE. Setahu saya modal yg dicadangkan utk bermula hanyalah 6k. Mcm saya sndiri dgn hanya bermodalkn 6k dan mengikut pelan yg disediakan, saya mampu naik ke pangkat SE dgn masa hanya 11 hari. Bkan utk membangga diri, tp spt yang saya katakn tadi, semua itu terpulang kepada cara n keinginan kita yg maksimum utk mencapainya. Pd saya tidak perlu utk kita mewar2kan prkara seumpama itu (membuka pekung di dada) kerana hasilnya bergantung kepada kpd individu itu sndiri.
Bagi yg baru memulakan dan yg telah pn menjlnkan bisnes ini ataupun yg lain2, teruskanlah kerana dlm hidup ini utk meraih kejayaan semestinya ada cabaran n dugaan yg mendtg, tujuannya hanyalah 1 iaitu untuk menduga dimana tahap kesabaran & mematangkan kita..
~Kerapuhan prsahabatn itu terjadi di mana, bergantung kpd individu itu juga sebenarnya
Sue
December 17th, 2009 at 10:37 am
salam…
saya bersetuju ngan pendapat akak n turut bersimpati ngan fiza… upline mmg memainkan peranan penting…
saya juga salah seorg ahli zhulian… alhamdulillah upline2 saya sgt memberi dorongan dn berganding bahu bersama. saya hanya buat part time dan kerana bekerja dgn slow, dh 4 bln baru berjaya jd SE…
tetapi… ada kawan2 saya dlm masa 6 bulan dh dapat diamond. inilah kuasa upline… kita tak perlu bekerja teruk atau secara typical… kita perlu gunakan cara yg termudah dn barulah kejayaan mampu dicapai tanpa stress n rasa terpaksa… saya amat bersyukur kerana mempunyai upline2 yg mamberi sokongan… byk dh program MLM lain yg saya join…. baru kini saya jumpa yg TERBAIK dan mmg saya yakin kejayaan akan dicapai… sesiapa yg pernah mencuba dan rasa fed-up, cuba beri peluang kepada diri… kalau mmg dh patah hati… saya tak boleh nk buat apa… tapi kalau ada ruang di hati, contact saya utk kita berkongsi tuah diamond2 upline sy yg dh berjaya….
ada yg dh 3 kali join zhulian di tmpt lain, tapi gagal… sebaik shj join di sini, dlm masa 3 tahun alhamdulillah dh jd diamond… dia lmbt skit jd diamond kerana semangatnyer pada awalnyer pudar… alhamdulillah akhirnya berjaya juga…
hubungi saya di
016-5247876
wasalam..
zueabdullah
January 14th, 2010 at 3:45 pm
Saya setuju dgn lina..
Sy juga bru menyertai zhulian agensi s.alam..
Spt yg lina katakan pelan pemasarannya hebat & ada formula yg disediakan utk kita bejaya. Group juga byk bg sokongan & x biarkan kita sendirian..
Byk beri bimbingan..
Dah beberapa MLM yg sy cuba,sy rasa dgn zhulian sy mgkn ada peluang InsyaAllah… Sy pun x boleh nak komen byk2 sbb baru sgt dlm bidang nie..
Lain org lain pendapatnya.. Wallahua’lam..
Puan Zati
January 15th, 2010 at 12:55 pm
Kenal tak Cosway? Ada sesiapa berminat tak nak buka Stokist Cosway? Guess..berapa modalnya?
eCosway telah membuka peluang Projek Francais Tanpa Modal Dan Risiko kepada semua rakyat Malaysia untuk memulakan perniagaan bersama mereka dan berganding bahu bersama-sama demi mencapai kesejahteraan hidup dan matlamat menguasai dunia francais MLM dengan penubuhan stokist-stokist baru di seluruh Malaysia dan serata kawasan.Cosway adalah syarikat under Berjaya Berhad dan Berjaya menyuntik modal sebanyak 500 juta kepada cosway untuk menjalankan projek ini.Peluang keemasan oleh eCosway ini perlulah direbut segera kerana eCosway sedang mengejar target mereka untuk memenuhi kuota Bumiputra yang diarahkan kerana jika tak cukup target lesen mereka akan ditarik balik.Pelancaran projek Fasa 1 ini telah bermula semenjak tahun lepas iaitu pada Mac 2008 dan Fasa 2 pula bermula April 2009.1000 buah Sales Centre khas untuk Bumiputra akan di buka di seluruh Malaysia..300 kedai daripada itu akan dibuka di KL Apa yang menariknya projek ini, peniaga tidak perlu mengeluarkan modal sama sekali dan semua kelengkapan kedai serta stok adalah tanggungan pihak eCosway. Setiap stokist yang boleh dibuka pula mestilah dalam jarak lingkungan 1 km dengan stokis yang lain.Projek francais eCosway menyediakan semua kemudahan tersebut termasuklah :
1. Sewa bulanan secara PERCUMA.
2. Deposit permulaan kedai PERCUMA
3. Renovasi keseluruhan secara PERCUMA.
4. Infrastruktur PERCUMA.( TV Plasma, DVD Player, Aircondition, pemasangan CCTV,Komputer,Mesin swap kad kredit dan semua kelengkapan asas kedai ).
5. Stok bernilai RM300,000-RM500,000 PERCUMA.
6. Bil elektrik dan air PERCUMA.
7. Promosi syarikat PERCUMA.
Projek bersama eCosway&SM Ventures merupakan satu-satunya projek francais yang hanya semata-mata menumpukan untuk matlamat mencari stokist bukannya untuk bertujuan membina network seperti grup-grup yang lain yang hanya berminat untuk membentuk rangkaian tetapi tidak menumpukan soal-soal pencarian stokist.Sudahlah begitu,mereka pula mengenakan syarat-syarat yang agak membebankan bakal pemohon seperti memerlukan ev(jumlah nilai jualan) yang tinggi sebagai syarat permohonan.Itu hanya menguntungkan mereka semata-mata.Ini boleh mencemarkan nama baik projek yang sedang eCosway jalankan kerana hakikat yang sebenarnya bukanlah begitu.
Projek eCosway ini telah di buka juga di seluruh negara lain juga seperti di Indonesia – 2000 sales centre, China – 5000 sales centre, Thailand – 2000
sales centre, Singapore – 500 sales centre serta banyak lagi negara-negara yang terlibat dalam projek ini..antara lainnya Jepun, Korea dan India.
Jika kita mempunyai kenalan di sana pun masih boleh berpeluang membuka sales centre mereka sendiri di kawasan yang mereka duduki sekarang…
eCosway telah menetapkan lokasi yang strategik serta sesuai untuk kita berniaga, antara lokasi yang telah di tetapkan termasuklah:
1. Kawasan kedai bawah kondo/apartment..seperti sebelah kedai dobi atau kedai runcit..
2. Shopping mall spt Giant, Tesco, serta Jaya Jusco- ini kerana Cosway sendiri telah buat perjanjian dalam kawasan shopping mall tersebut mesti ada ecosway punya kedai.
3. Shoplot /rumah kedai..
4. Pekan-pekan kecil..atau bandar kecil.
Kalau you all nak tau leh detail, call saya 012-3131020
(he..he promote sikit… peluang bagus untuk usahawan yang kekurangan modal ni)
jeffios
January 16th, 2010 at 4:42 am
salam perkenalan buat semua…terutama saudari fiza pareb. Setelah membaca nukilan rasa saudari..saya rasa terpanggil untuk turut serta dalam ruangan ini. Ada sesuatu yg ingin saya kongsikan dgn saudari dan mereka yang merasakan perlunya perubahan dalam kehidupan. Bukan bermaksud untuk menangguk di air keruh..cuma rasa ingin membantu merealisasikan impian semua untuk berjaya dalam perniagaan. mungkin url saya ini dapat meringankan beban fikiran saudari…. http://BestGdi.com/?id=goldmine4ever
atau saudari fiza boleh hubungi saya melalui email… jeff@rmpower2u.ws
akhir kata selamat maju jaya kepada semua.
ina
January 16th, 2010 at 11:38 am
salam…
saya baru jer join ZHULIAN selama 2 bulan setengah…bagi pendapat saya sistem pemasaran yg diperkenalkan oleh ZHULIAN amat mudah dan x perlu modal yg tinggi so pada sesiapa yg masih terfikir2 utk memilih….mulakanlah dengan ZHULIAN.yg penting diri sendiri ingin berjaya dan dijayakan…insya’allah.
saya tertarik dgn pengalaman yg di lalui oleh cik lyana kerana anda berjaya naik ke pangkat SE hanya selama 11 hari sahaja…bagi saya anda mmg benar2 luar biasa hebat!!! boleh kongsi tips….?
adzam
January 21st, 2010 at 11:43 pm
Saya mempunyai seoarng jiran yang menjual Zhulian, dia datang kerumah saya dan terus membawa product zhulian dan terus memasang alat penapis air. serta B young dan kopi,
dengan harga sebanya 3,012.
Oleh kerana saya malu, saya terpaksa membayar harga tersebut. Untuk pengetahuan saudara/saudari adakah penjual Zhulian memang diajar untuk memaksi orang membelinya.
Dan dengan sapa patut saya pulangkan penapis air tersebut.
YATIE
January 22nd, 2010 at 12:03 am
salam….
Saya juga pernah menyertai Zhulian di agensi yang cemerlang, ada program bantuan dan sokongan. malah bulan pertama saya sudah menggenggam pangkat SE. dulu saya menyertai dengan niat untuk busines tapi skrg tidak lagi namun masih lagi ahli zhulian tapi sebagai pengguna kerana saya masih menyukai rangkaian produknya serta barang kemasnya (sekadar nak berhias)……kegagalan saya dalam busines ini kerana diri sendiri dan saya ambil keputusan untuk tidak meneruskan lagi. Namun saya tak menyesal dan bersyukur pernah dilatih dalam Zhulian. terus terang saya amat menyukai ilmu-ilmunya (sama seperti yang admin tulis diatas) kerana ia boleh digunakan serta diamalkan bila menceburi bidang perniagaan yang lain…..bila ke agensi dan para pemimpin suruh aktif semula, saya SENYUM aje……pada yang dah bermula teruskan, walaupun mungkin anda tak berjaya tapi anda tak akan rugi dengan ilmu dan pengalamannya…
Hani
January 29th, 2010 at 1:51 am
saya baru menyertai zhulian sebulan..
saya sangat excited untuk menerima pengalaman hebat dalam bisnes zhulian…
bagi saya zhulian tidak pernak memaksa sesiapa menyertai atau menggunakan produk nye..
saya akui saya pada awalnye tidak menyukai MLM malah tidak yakin dengan produk zhulian..
tp tanggapan saya silap….
sy ada tips untuk mereka yang sukar untuk mempercayai produk zhulian..
pada saya, anda perlu menyertai kelas-kelas yang diadakan di setiap agensi yang diadakan pada setiap minggu..
mungkin anda akan yakin dengan produk ini setelah anda mendengar testimonia dari pengguna zhulian…
dont judge a book on his cover..
kepada mereka yang baru menyertai zhulian…
pekak kan lah telinga anda dari suara2 halus yang boleh menjatuhkn semangat anda..
malah upline saya pernah berpesan…
anngap lah kulit muka anda bersalin kulit setiap kali anda dicemuh oleh masyarakat atau di ejek..
maka setiap hari anda akan berwajah baru dengan lebih keyakinan…
insyaallah…
Hani
January 29th, 2010 at 2:01 am
Kepada yang bising mengenai modal yang tinggi di zhulian..
sebenarnya modal tu bergantung kepada marketing plan agensi anda..
baru2 ni agensi yg sy sertai di batu berendam telah launching S25 dimana is sesuai untuk golongan yang kuragn modal…
anda hanya bermodalkn rm500 sebulan dan mendapat product homecare 19terlaris di zhulian..serta perlu membawa dua orang downline setiap bulan..
downline anda juga perlu modal rm500 sahaja..
malah pada bulan pertama bonus anda hanyalah RM66
bonus bulan ke2 meningkat ke RM279
bonus bulan ke3 meningkat ke RM846
bonus bulan ke4 meningkat ke RM2628
bonus bulan ke5 meningkat ke RM6856
bonus bulan ke6 meningkat ke RM12728
ape apepun kejayaan tidak akan muncul tanpa usaha yang gigih serta kerajinan..
Zhulian3!!!!
manje
February 1st, 2010 at 12:53 pm
Salam. Saya baru masuk zhulian dalam 4 bulan dan kini berpangkat SE. Alhamdulillah. Saya berjumpa dengan zhulian secara kebetulan sahaja atas ajakan kawan. SE menurut mereka samada start engine atau stop engine. Sekarang saya faham. SE bermula nya proses menjual barang dan mula menaja. SE bermula nya segala liku2 nya. Saya sendiri juga tidak pasti dan tidak yakin sejauh mana saya mampu pergi … saya hormati keputusan tuan dan niat di hati mencuba semampu saya untuk cuba ubah nasib hidup. . . . Saya janji menjadi orang yang lebih memahami . .
ANAQIAZHADI
February 4th, 2010 at 11:55 am
akak baru sebulan join ni,blm capai SE lagi.rasa tetekan sebab jenis malu nak buka mulut takut orang kutuk.semangat tinggi nak ubah nasib keluarga.
gaban
February 4th, 2010 at 12:01 pm
bagi semangat sket nak biz zhulian nii.
idaazwe
March 9th, 2010 at 9:21 am
saya sedang cari kerja part time.kawan saya ada ajak join zhulian ni..but saya jenis wa-was sal sblm no dah banyak kawan2 promote bisnes ni but hati tak terbuka nak join benda ni.so skrg 50-50 sal saya memang perlukan part time nak tampung kos hidup skrg ni.tengok bisnes zhulian ni cam best sal tak la kerja berat sngat just perlu komunikasi but saya jnis pemalu plk..
erin
March 16th, 2010 at 2:26 pm
namanye pun tambah pendapatan.sikit ke byk itulah bayaran upah yang kita terima.
gaban
April 4th, 2010 at 12:15 pm
idaazwe tinggal area mana mai la join akak mmg bebaloi-baloi buat biz ni.
gaban
April 4th, 2010 at 12:21 pm
bagi kekewan area baling let,s e-mail saya untuk p dengaq kelas ja dulu at IBUCEMERLANG@GMAIL.COM
jom sertai saya kita ubah hidup keluarga kita demi masa depan anak-anak…
cemerlang
April 4th, 2010 at 12:53 pm
e-mail saya at phm7093@gmail.com bagi warga Baling kedah untuk sertai saya dalam biz menambah pendapatan keluarga. yakinlah orang lain blh mengapa kita tidak………..
Emilia
April 5th, 2010 at 5:20 pm
Salam semua…
Saya join Zhulian cawangan shah alam. Alhamdulillah, semua leaders kat sini mmg baik dan akan tolong downlinenya.
sebenarnya nak berjaya dalam MLM ni, atau apa2 bidang pun, kita kena:
1. Faham tentang erti kejayaan.
2. Untuk berjaya mesti ada pengorbanan yang sewajarnya. Tiada kejayaan yang datang bergolek, melayang or memipih.
3. Yakini diri sendiri
Meyakini diri sendiri yang kita boleh melakukannya, yakin dengan apa yang kita targetkan dan disiplinkan diri.
4. Set target untuk berjaya dalam masa sehari, seminggu…etc
5. Jangan mudah patah semangat
6. Pecahkan kitaran Negative
7. Jangan takut melakukan kesilapan
8. Sebelum kita nak jual sesuatu barang, kita perlu “jual” diri kita dulu. Penampilan, cara percakapan…etc.
9. Jangan segan2 bagi name card, jangan kedekut!
10. Jadikan semua orang sama hebat macam anda!
11. Dorong dan motivasikan orang disekeliling kita including family.
13. Rajin berkomunikasi dengan orang lain.
14. Sentias bercakap tentang apa yang anda jual dan jangan malu2.
15. Untuk berjaya, kita mestilah ada ILMU.
16. Jangan salahkan orang lain!
17. Kena beristiqamah
(kata2 ni diambil dari blog Hanis, seorang usahawan MLM yang dah sgt berjaya….and mmg betul semua kata2 dia)
So, sesiapa yg berminat nak mencuba, yang insya allah pasti membuahkan hasil, sila email saya di amymunchkins@gmail.com. Bagi yg tinggal di Shah Alam terutamanya, boleh call saya untuk dtg dengar ceramah. Dengar je dulu, then baru decide.
Cuba dulu, tak susah pun…semuanya ada formula untuk diikut.
Insya allah, kalau nak berjaya, kita kena mulakan langkah pertama!
aliya
April 11th, 2010 at 10:16 pm
saya tertarik dgn komen adzam…setahu saya..syarikat zhulian tidak pernah mengajar mana2 ahlinya untuk memaksa mana2 pelanggan..semua barangan yang jiran adzam jual adalah brg yg bermanfaat untuk diri dan seisi keluarga,,,brg2 tersebut juga adalah untuk keperluan sendiri dan bukannya untuk dijual….jadi dimana ruginya?…kalaulah kita terlalu berkira sgt untuk kegunaan diri sendiri..tak payahlah kita nak minta untuk memberi kpd org lain..
izan
April 13th, 2010 at 2:28 pm
salam semua…..
saya baru je join zhulian, x sampai sblan. saya sorg suri umah. saya tgh b’debar2 menungu brapa saya akan dpt utk bulan p’tama ni. saya mula bisnes ni dgn modal 3k. bukan apa mula2 upline kata x payah cari dwline pun x apa…la ni dia kata klau nk cari duit, lbih baik cari 2 org dwline… pening di buat nye.. malu nk ajak kwn join, kita x ada proof, sape nk p’caya ckp kita.. maklum la suri umah x byk kawan. lepas baca email2 yg ada takut lak rasanye… takut x dpt modal balik.
aliya
April 14th, 2010 at 12:33 am
nape izan mesti pikir pasal nak balik modal? brg2 tu kan izan yg pakai..(kalau izan beli brg2 kesihatan laa..kalau brg kemas pun izan bleh pakai..) banyak lagi bende lain yg izan beli tapi x balik modal…apesalahnya bermodal untuk biz…sabar lahhh…buat pelan2 n minta bantuan upline..
cemerlang
April 24th, 2010 at 10:27 am
THANKS EMILIA….YOU A GREAT….
DAPAT JUGA TIPS N SEMANGAT BACA AYAT2 POWER DARI U TU….
KITA KEN A JUAL DIRI KITA DULU KAN
azura
April 29th, 2010 at 11:06 pm
Salam perkenalan semua.Saya pun baru je join Zhulian ni.Mula2 belikan mak,pastu beli sendiri terus join ahli..Actually pada pendapat saya tak kira lah bisnes apa yg kita ceburi (MLM ni pun salah satu cabang bisnes),niat kita perlu di perbetulkan dulu.Terlalu tamakkan keuntungan,nak jadi jutawan,nak kereta besar,dan yg sewaktunya inilah yang mendorong segelintir kita memaksa pembeli..tak best lah kan?
Nak tahu bonus pertama yang saya dapat?RM7.80!nilai nya mungkin sedikit dan berbaloi lah sebab saya belum pun start menjual apa2!Tapi apa yang menariknya,inilah cheque pertama yang saya dapat!Saya dah join mcm2 MLM tapi ni first time dpt cek?Kelakar pun ada.Terus saya pasang niat nak sungguh2 mencuba..
Insyaallah,di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
zen
May 1st, 2010 at 10:28 pm
saya rasa la kita kena buat dulu pastu kita nilai kemampuan kita sebab apa saya dulu dah usaha juga bayangkan kalau orang yang lebih berkemampuan pun kebanyakan boleh gagal inikan pula kalau kita yang ilmu sejengkal tapi betul bila kita dah terjebak paling tidak untungnya kita dapat ilmu tu kalau nak masuk buat betul2 kalau gagal gak kita nilai diri kemampuan adakah kita boleh ke tahap mereka yang berjaya bukannya ikut2 je
kakwan
May 12th, 2010 at 4:53 am
zhulian memang best , produk kesihatannya memang power .Rugi tak join member. Guna pakai pun dapat bonus .Jika kita tak mampu nak buat (ada masaalah) kita boleh berehat nanti sambung balik tanpa menjejaskan pangkat kita .Bagi yang nak join member dengan saya boleh sms 0199854260 .ADA SPECIL OFFER bagi sale permulaan Rm 1000 dan keatas keahlian adalah percuma. Ada downline percuma.
azlin wan abd jalil
July 8th, 2010 at 6:08 pm
Saya baru menyertai..zhulian itu pun tanpa d sengajakan melalui kawan sek..yang hampir 13 tahun x jumpa… Saya x biasa lagi dlm biz ni..Jika ada yang boleh beri panduan. ..Terima kasih sangat.
zatisya
July 25th, 2010 at 2:08 pm
Sy jg br dlm Zhulian… itu pn tiada sesiapa yg memksa utk sy join. wpun sy juga penah join MLM lain. Knp sy join??? sebab:
1) nama ZHULIAN semua org tahu. syarikat MLM agak 21 thn lamanya. Bukan saja produk kesihatan, malah produk brg kemas, keperluan harian dll pn ada. ZHULIAN bukan Zhulian yg dulu…
2) melihat sendiri perubahan rakan2 sendiri (dr segi kesihatannya). lebih2 lg kulit mrk brtambah cantik, buasir mulai mengecil/hilang dan byk lagi. (MEMANG TERBUKTI!!!).
3) berani nk cuba produk Zhulian (terutama psl kesihatan) dia agak mahal tp berbaloi bagi saya la… sbb sy jenis pentingkan KESIHATAN. Mmg mpak sgt perubahannya.. Kalau di fikir mmg skrg byk produk kesihatan kt Msia ni, bg sy.. nama2 compny baru ni.. bg sy la… sy krg yakin. Mcm Zhulian, klu nk kata produk dia x baik.. da lama org boikot/complain.
So secara tak langsung.. sy menggunakan produk2 nya.. sy mula berminat utk mengetahui selok-belok biz Zhulian ni. Mmg sy juga selalu pegi kelas utk mndptkan ilmu. tp alhamdullila, mmg mrk byk mmbantu.. mmg sy rs TERHARU sgt.. x sama mcm sy buat MLM yg lain. MMg sy rasa tak rugi msk Zhulian. Tak tahu la nk sy katakan! mmg sy puji GROUP saya.. Bukan saja dpt KESIHATAN yg baik, dpt BONUS/PENDPTAN/KWN2 yg x memnting diri langsung. Wpun sesape yg ada BIZ sendiri, sy cadangkan u all join us, your personal biz bole berkembang kt sini.
Klu u all “biz minded”, JGN SOMBONG klu kita buat whatever biz…
Klu sesape “mindanya terbuka” utk join group saya: sila e-mail: zatisya@gmail.com. (Kami akan membantu) Tak percaya! Cuba dulu ye.. LUV U ALL…
tie
July 26th, 2010 at 9:13 pm
saya telah menyertai zhulian pd 2 thn lps slps ic dimintak n terus d isi oleh upline. krn malu sya join ajelah. pd masa itu sya masih naif dgn MLM ni. bbrp bln sya diamkan diri shj n pd suatu hari entah knp sya cuba buat zhulian. bonus pertama sya dpt RM5.26 shj. tp sya buat jugak lg dgn promote pd kwn2, dlm masa 10 bln bonus terkumpul sya hampir RM30k.
namun sejak thn lps sya sdh berhenti krn:
1) utk buat mlm, anda perlu myokong n ngajar downline. ini tidak mampu sya teruskan krn sya baru mdapat baby baru. jadi bg sya adalah tidak adil utk kita buat mlm tp x mampu utk beri tunjuk ajar pd d/line.
2) sya tidak suka utk service d/line, maknanya tpaksa ambil brg utk dihantar sadur, beli sabun n hantar ke rmh dll. jd bg sya jgn dibuat janji klu kita x mampu tunaikan.
3) sya tidak pernah memaksa d/line utk masuk member @ buat sales krn sya tdk suka upline yg begitu. jd sya tpaksa mcari member baru yg mana sya tpaksa guide .
sya punya nasihat pd kwn2 yg baru mau bermula,
1)utk senang bjaya anda perlu mcari d/line yg suka n minat bniaga. kerja kita akan jd mudah krn dia org akan buat sendiri utk diri sendiri.
2) jgn dikejar pangkat jika anda tpaksa mgeluarkan modal sendiri. kelak anda akan myesal di kemudian hari. jika anda tpaksa top up bermakna line anda masih blom kukuh n susah utk dimaintain.
3) anda suka berjalan2, tidak lekat di rmh
4) jgn bercakap lbh2 mgenai produk, org akan pandang rendah pd kita. jd bl bcakap biarlah yg benar shj. lgpun rezeki kita x akan halal jika cuba menipu @ sorok keburukan produk kita.