Thursday January 24, 2008 08:33

MLM: Baik atau Buruk?

Posted by FadzilahMamat

Sebenarnya bila kita bercakap pasal MLM ni ramai yang suka dan ramai jugak yang tak suka.

Sebenarnya saya sendiri pernah mencapai pangkat Diamond di dalam syarikat Zhulian. Namun begitu, saya tidak bertahan lama. Saya juga pernah merasa sangat menyesal dan serik dengan MLM. Namun begitu, setelah hampir dua tahun berlalu saya mula nampak kebaikan-kebaikan yang telah saya dapat dengan menyertai MLM dan mula sedar bahawa MLM memberi peluang yang sangat baik cuma ia tidaklah semudah yang disangkakan.

Di bawah ini merupakan pandangan saya tentang MLM.

1. Baik jika anda menyertai sesebuah syarikat MLM untuk membeli barang dengan harga lebih murah

2. Baik jika anda ingin menambahkan kenalan yang pastinya akan terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat

3. Baik jika anda ingin belajar meningkatkan cara berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain

4. Baik jika anda berminat di dalam bidang keusahawanan kerana usahawan adalah penjual (Businessman is salesman). Jika anda ingin menjadi seorang usahawan tetapi tidak mahu menjual, anda SILAP! Sebagai usahawan anda perlu menjual produk/perkhidmatan anda dan MLM merupakan satu cara terbaik untuk mempelajari teknik-teknik melakukan jualan dan menjadi seorang salesman yang cemerlang.

5. Baik jika anda merupakan seorang pengguna yang berpuashati dengan produk yang ditawarkan dan ingin mengesyorkannya kepada rakan-rakan dan saudara-mara.

Namun begitu, MLM akan menjadi tidak baik jika anda melakukan perkara-perkara berikut:

1. Menyertai MLM semata-mata untuk mengaut keuntungan

2. Tidak menjual produk tetapi menumpukan kepada recruiting ahli baru

3. Memujuk ahli baru mengeluarkan modal yang besar walaupun anda tidak yakin dia dapat menjual produk yang telah dibeli

4. Menggunakan teknik paksaan di dalam membuat jualan

5. Menipu tentang kelebihan sesuatu produk bagi mendapatkan sales

Walaupun saya pernah berjanji dengan diri saya bahawa saya tidak akan menyertai mana-mana syarikat MLM, namun kini saya mungkin akan memberi pertimbangan sewajarnya jika diajak untuk menyertai sesebuah syarikat yang menawarkan produk yang betul2 berkualiti dan diketuai oleh seorang leader yang ikhlas.

p/s: Jika syarikat MLM yang anda sertai mempunyai produk menurunkan berat badan yang betul2 berkesan, sila hubungi saya!



Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pelaburan Unit Trust.

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang kerjaya Unit Trust Consultant yang boleh membantu anda menjana pendapatan tambahan dengan cara yang profesional, tidak menganiaya orang lain, stress-free dan modal permulaan yang rendah.
Related Posts with Thumbnails

5 Responses to MLM: Baik atau Buruk?

Avatar

faz

January 31st, 2008 at 3:23 pm

kenapa ya. SSolution product utk kurus badan yang betul2 berkesan. tak pernah cuba?

Avatar

minn

June 3rd, 2009 at 4:51 pm

salam,
mungkin puan berminatdgn business kami yg mudah dan telus. syarikat yg kukuh dan tidak perlu menjual produk…sila rujuk majalah POTENSI keluaran bulan Jun nanti.
terima kasih

minn“s last blog post..

Avatar

Ikazaliz

July 24th, 2009 at 7:25 pm

Minta izin gunakan link ini untuk dimuatkan didalam blog saya ya cik…terima kasih..

Avatar

admin

July 27th, 2009 at 9:56 am

Ok saya izinkan..

Avatar

storm

September 16th, 2009 at 2:43 am

Salam Pn Fadzilah,

seharian suntuk saya membelek2 blog puan, TAHNIAH! blog yg amat menarik sekali.

niat asalnya nk cari ayat power untuk buat flyers business,last2 terleka dek keMANTAPAN blog yg Pn persembahkan. TAHNIAH sekali lagi.

Siang2 saya ingin katakan, saya bukan ingin promosi business saya tetapi sekadar ingin membantu rekemenkan suplement dari company saya untuk menguruskan badan. SOD PH REVERSE nama produk tu. Pn boleh lihat kebaikan ubat tu dalam blog saya, http://www.northernbionaf.blogspot.com

Disamping tu, Pn boleh menjana pendapatan sampingan yg lumayan seperti yang saya telah nikmati. Tambahan pula, komuniti sesama ahli sangat utuh dan puan boleh lihat keharmonian komuniti kami di http://www.northernbionaf.com/forum

p/s: comelnya anak pn nama iqbal tu. (:

Comment Form


CommentLuv Enabled

Peluang Kerjaya

Sila klik banner di bawah untuk maklumat lanjut tentang kerjaya Unit Trust Consultant yang boleh membantu anda menjana pendapatan tambahan dengan cara yang profesional, tidak menganiaya orang lain, stress-free dan modal permulaan yang rendah.

Email Subscription

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Join Me On Facebook!

Chat With Me!

Archives

Recent Comments

  • FadzilahMamat: Bagi saya ada baiknya terus sambung phd lepas ijazah sebab dapat jimatkan masa.
  • FadzilahMamat: Kalau nak buat di rumah tak perlukan lesen.
  • odong: yoa,, mkasih tipsnya, dipikir pikir sampai kpan ku bgini trus,,, ku pengen lpas dari dunia lama,,, ku pengen...
  • far: sape yg ada mklumat sen.nama kpli 2008 kt IPTI,macm ner nk dpatkan no tel diaorg
  • Ferdinand Yeo: Saya seorang guru di bandar Miri, ingin memberi tuisyen di rumah untuk pelajar dari sekolah rendah dan...

My Business

Info Pelaburan Unit Trust





Kelas Buat Blog





Kelas Cepat Membaca

My Business

Blogs I Read

My Friends

My Sponsor




Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pelaburan Unit Trust dan peluang kerjaya sebagai seorang Unit Trust Consultant yang mampu menjana pendapatan lumayan dengan waktu kerja yang sangat fleksibel dan boleh dilakukan secara part time atau full time!