Seronoknya Dapat Jumpa Cik Min!

Hari ni Cik Min datang ke Johor ditemani mak dia. Cik Min adalah sahabat baik @ adik angkat @ kembar tak seiras @ rakan blogging @ rakan Masters di UTM @ rakan bertukar-tukar pendapat pasal bisnes.

Petang tadi sempat jumpa sekejap sahaja di rumah Airuz (rakan Masters jugak). InsyaAllah malam esok Min akan tidur kat rumah saya.

Esok pagi mungkin akan bersarapan bersama-sama. Tak sabar nak sembang-sembang dengan Cik Min yang sangat sangat dan super duper best.

 

Apa lagi yang best hari ni:

  1. Untuk kisah kegembiraan sebagai UTC, boleh rujuk kat sini (artikel terbaru yang ditulis sambil-sambil tulis artikel ni, hehe..)
  2. Dah dapat buku cek. Hehe.. excited sangat first time dapat buku cek. Tujuan dia adalah untuk memudahkan urusan pengeluaran duit & pembayaran rumah-rumah yang nak dibeli nanti. Chewah… bakal jutawan hartanah la katakan. Hihihi!
  3. Jumpa kawan sekolah, Azrini di rumah terbuka kawan yang lain. Pastu, dia datang beraya ke rumah. Bincang-bincang pasal pusat tuisyen dia yang baru dibuka. Saya suka bincang pasal bisnes. Tak suka gosip dan berbual pasal benda-benda tak berfaedah. 🙂

p/s : Hari ni attend dua rumah terbuka tapi Alhamdulillah berjaya kawal selera makan. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *