Seronoknya Breakfast Dengan Dr Ati!

Semalam breakfast dengan seorang sahabat dari zaman persekolahan di MRSM PC 97/98 iaitu Dr Ati. Ati ni seorang pensyarah kanan di UTM.

Saya memang selalu ajak kawan-kawan breakfast sebab tak suka breakfast sorang-sorang. Seronok kalau dapat breakfast sambil bertukar-tukar fikiran dengan orang-orang yang berfikiran kritis.

Dulu masa saya kerja, saya tak suka sangat time rehat sebab terpaksa stuck dengan perbualan-perbualan yang saya tak suka seperti;

a. Tengok tak drama semalam?

b. Tengok tak anugerah xxx semalam? Cantik kan baju artis ni? Seksi kan artis tu?

c. Tak suka dengan bos. Bos tak adil. Tak suka dengan syarikat ni. 

d. Nampak tak kakak yang makan kat meja depan tu? Dia satu taman dengan saya tau. Awak tahu tak dia tu kan… bla bla bla.. 

Lega sangat dengan kerja sekarang yang memberikan saya kebebasan masa dan juga peluang untuk berjumpa dengan orang-orang yang saya suka, bila-bila masa yang saya suka. Alhamdulillah…

 

Berbalik pada pertemuan kami pagi tadi, salah satu benda yang saya suka bila jumpa Ati adalah awal-awal dia cakap dia nak belanja.

Berkiranya Cik FM!

Eh, tak. Bukan macam tu. Ada sesetengah rakan suka ambil peluang ‘mengepau’ dengan dialog macam ni, “Ko kan dah berjaya, apa salahnya belanja..”

Bukan sekali, tapi setiap kali jumpa. Dari niat ikhlas nak belanja, rasa sedikit geram.

Kalau betul-betul ikhlas nak bersahabat, kenalah ada give and take. Betul betul?

 

Antara yang menyebabkan persahabatan kami masih kukuh, adalah sebab kami ni banyak persamaan:

  1. Kami sama-sama sempoi dan tak stylo mylo.
  2. Kami sama-sama tak mekap.
  3. Kami sama-sama rasa asas agama yang kukuh penting untuk anak-anak.
  4. Kami sama-sama orang Teranung (Terengganu).
Selain persamaan kat atas, saya pun suka Ati sebab dia:
  1. Tak suka bergosip.
  2. Tak sombong.
  3. Pendengar yang baik.
  4. Sahabat yang sangat baik.
Alhamdulillah… i’m blessed with wonderful friends. Salah satu sebabnya adalah kerana saya memilih dengan siapa saya berkawan. Tak guna ada ramai kawan jika sebenarnya kita menyampah dengan kawan-kawan tu. Biar sikit, tapi betul-betul membahagiakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *