Selepas 6 Tahun.. :)
Saya pernah terbaca satu lawak di lapangan terbang dalam majalah Reader’s Digest. Saya tak ingat sangat, tapi lebih kurang beginilah ceritanya,
Semasa passport seorang penumpang sedang diperiksa oleh seorang pegawai imigresen, penumpang tersebut berkata bahawa dia tak suka gambar terkini dia di passport. Dia kata,
I look bad in this photo.
Tetapi pegawai tu cakap,
After 10 years, you’ll love this photo!
Masa tu tergelak sakan saya baca lawak ni.
Sekarang saya rasa saya dah alami benda yang sama. Di bawah adalah gambar saya pada tahun 2006 dan gambar terkini.
Masa buat passport pada tahun 2006 dulu, saya tak suka sangat gambar tu. Tapi hari ni selepas buat passport baru, saya rasa saya suka gambar lama tu. Nampak baik dan innocent.
Sekarang pulak nampak comel dan keibuan sangat. 🙂
Banyak tak perbezaan dalam masa 6 tahun? 😉
Tapi 6 tahun dari sekarang, mungkin saya suka gambar sekarang ni pulak kan? Harap-harap masa tu saya dah tak comel lagi. Saya nak jadi wanita jelita pulak.
Jelita tanpa dimamah usia. Hehehe..
- Roti Canai Sedap Di Taman Pulai Utama, Skudai – Kafeteria Noor
- Nak Tahu Macamana Proses Buat Passport & Renew Passport?
Biar hati tetap jelita walaupun muka di mamah usia.
Harap-harap gitulah kak. Kecantikan rupa paras penting. Tapi kecantikan hati jauh lebih penting.
Lain sangat.. Tapi tetap comel.. =)
Tq Cik Lin! Jemput komen lagi dan lagi ya.
Muka lain. Dan cara hidup pun lain sangat. Masa tu selalu stress. Tapi sekarang happy manjang…… 🙂
6 tahun begitu banyak perubahan..tak terkata banyaknya. Apa yang pasti kasih sayang seorang suami tak pernah pudar dan semakin mekar serta harum baunya.. cewah…bermadah pujangga pulak..
Thank you so much dear hubby. 🙂
woohoooo….En.Wan bermadah pujangga lah. Memang boleh kamcing dengan En. Mukmin ni. Sekali sekala jiwang karat. :). Sebab tu lah makin hari makin comel. hahahaha
Itulah kak. Terkejut saya baca komen dia. Tapi hati berbunga riang.. 🙂