Saya telah menggunakan Happy!

Bermula hari ini, saya telah menukarkan no telefon saya daripada Maxis ke Happy.

Kepada rakan-rakan yang masih tertanya-tanya apakah pelan Happy, di sini saya akan terangkan serba ringkas.

1. Dengan Happy, anda tidak perlu risau berapa lama panggilan anda. Setiap panggilan yang dibuat akan dicaj pada kadar maksimum RM0.99 tanpa mengira berapa lama panggilan anda.

2. Bagi panggilan di bawah tempoh 99 saat, kadarnya adalah 1 sen sesaat.

3. Setiap SMS kepada operator tempatan hanyalah RM0.10 per sms

4. Tempoh penggunaan selama 60 hari bagi setiap topup ( topup dalam RM10, RM20, RM30, RM50 dan RM100)

Bagaimana untuk mendapatkan Happy Starter Pack? Ianya boleh didapati melalui beberapa cara dan di antaranya adalah di Pasaraya Giant yang berhampiran dengan anda pada harga RM5 sahaja (termasuklah RM2 masa berbual).

Sebenarnya sebelum ini saya telah menggunakan line Maxis tetapi saya memilih Happy kerana saya tertarik dengan kadar 1 sen sesaat jika panggilan kurang daripada 99 saat. Ini kerana, apabila saya melihat kembali bil telefon saya setiap bulan, saya dapati Maxis mengenakan caj 10 sen bagi panggilan di bawah satu minit.

Dengan kata lain, jika saya menelefon seseorang dan panggilan itu diterima oleh voice mail, saya akan dikenakan caj 10 sen walaupun selama 2 saat sahaja. Setiap hari boleh dikatakan hampir 10 panggilan sebegini. Bukankah ini satu pembaziran?

Sebenarnya Happy ini juga merupakan sebuah produk daripada Digi dan seterusnya ia mempunyai ciri-ciri istimewa pelan Digi iaitu:

a. Call Forwarding

b. Missed Call Alert

Walaupun telefon mudah alih dengan talian Happy anda dimatikan atau sekiranya anda tidak dapat dihubungi. Dengan Missed Call Alert, anda akan dimaklumkan tentang panggilan yang terlepas tersebut melalui SMS. Satu SMS akan menyenarikan butiran berikut sebaik sahaja anda menghidupkan telefon mudah alih anda atau kembali semula ke dalam kawasan liputan:

  • Panggilan yang terlepas bersama-sama dengan nombor-nombor telefon pemanggil-pemanggil
  • Masa panggilan tersebut dibuat

Best kan? Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.happy.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *