Saya Sedang Mengikuti Latihan Pembangunan Usahawan MARA (LPU)

Untuk pengetahuan rakan-rakan, saya sedang mengikuti Latihan Pembangunan Usahawan MARA (LPU) di Hotel Selesa, Johor Bahru selama 6 hari dari 24 Januari sehingga esok. Latihan ini merupakan salah satu modul yang wajib saya hadiri untuk menghabiskan pengajian Sarjana saya memandangkan program Sarjana yang saya ikuti adalah program kerjasama di antara Universiti Teknologi Malaysia dan juga pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Latihan yang saya ikuti ini terbahagi kepada 3 modul iaitu LPU I, LPU II dan LPU III. Latihan ini adalah latihan yang wajib diikuti oleh usahawan atau bakal usahawan yang ingin memulakan perniagaan dan ingin mendapatkan bimbingan dan pembiayaan daripada MARA.

Di dalam LPU I yang telah saya sertai pada Julai 2007, kami telah menjalani beberapa ujian personaliti untuk melihat samada kami sudah bersedia untuk menjadi usahawan dan bahagian mana yang boleh diperbetul atau dipertingkatkan. Setelah menjalani latihan ini, saya merasakan saya lebih mengenali diri sendiri dan juga rakan-rakan kursus.

Saya juga merasa sangat bertuah kerana mendapat fasilitator yang sungguh hebat iaitu ayahanda Ibnu Yusof (Ini merupakan nama penanya. Nama asalnya sengaja saya taknak bagitahu. Biarlah suspens sikit…) yang merupakan penulis buku tersohor ‘Mutiara Yang Hilang’ dan juga pengendali laman web megasutra.com. Beliau merupakan seorang yang sangat berilmu dan tidak lokek berkongsi ilmu tentang pelbagai ilmu yang berkaitan dengan keusahawanan.

Megasutra.com merupakan satu laman web yang sangat menarik dan sering saya lawati apabila ada kelapangan. Saya harap rakan-rakan dapat singgah di megasutra.com kerana ia menyediakan rencana, cerita dan lawak yang sangat menarik.

2 comments

  1. min

    hai…mmg best pun g kursus cmni…dpt mengenali diri dan kwn2 dgn lebih mendlm..hehe..
    Ape2 pun, all the best dlm mencapai ape yg diimpikan:P

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge