Saturday July 11, 2009 13:02
Saya Memulakan Bisnes Pusat Tuisyen Secara Kecil-kecilan
Bermula 1 Julai 2009, saya dan kakak telah memulakan bisnes tuisyen secara kecil-kecilan. Saya namakannya sebagai Pusat Tuisyen BonCee yang beroperasi di Taman Pulai Utama, Skudai.
Antara kelas yang ditawarkan adalah Kelas Iqra’, Kelas Cepat Membaca, Tuisyen PMR & SPM dan juga Personal Tutor @ Tuisyen di rumah. Kebanyakan subjek adalah diajar oleh kakak saya, Cikgu Asma yang telah mempunyai pengalaman di dalam bidang Home Tuition melebihi selama lebih 12 tahun.
Saya juga turut mengajar Kelas Iqra’ dan juga Kelas Cepat Membaca. Walaupun sebelum ini saya hanya mempunyai pengalaman mengajar anak sendiri, tetapi saya rasa sangat seronok mengajar dan melihat pelajar2 saya faham dan dapat mengikut modul yang diajar.
Buat sementara waktu, saya belum menyewa premis sebaliknya menyewa tadika kawan saya. Maklumlah, tadika beliau hanya beroperasi sehingga pukul 1 dan kelas saya pula di sebelah petang dan malam.
Alhamdulillah, walaupun baru sahaja beroperasi, kami telah berjaya mendapat jumlah kutipan yuran melebihi RM4000. Mungkin rezeki kami..
Sekarang saya tengah mencari-cari idea untuk menambahkan promosi pusat tuisyen ini. Jika rakan-rakan mempunyai idea berkenaan promosi dan juga subjek/kelas yang patut disediakan, sila kongsikan di bahagian komen…
Untuk maklumat lanjut berkenaan Kelas Cepat Membaca BonCee, sila layari http://kelascepatmembaca.blogspot.com
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pelaburan Unit Trust.
Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang kerjaya Unit Trust Consultant yang boleh membantu anda menjana pendapatan tambahan dengan cara yang profesional, tidak menganiaya orang lain, stress-free dan modal permulaan yang rendah.
- Category: My Business, My Life
- No Comments






