Saya Memilih Hotlink!

Hari ini saya telah membeli pakej Hotlink untuk nombor kedua.

Nombor yang saya gunakan kini adalah daripada pakej Happy (http://www.happy.com.my). Walaupun saya merasa happy menggunakan pakej ini tetapi saya perlu bersedia dengan nombor yang lain kerana pakej ini tidak mempunyai servis simcard backup. Setelah kehilangan telefon pada minggu lepas, saya perlu lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Antara sebab saya memilih pakej Hotlink adalah:

a. Simcard Backup (Pengguna hanya perlu membayar RM10 untuk mendapatkan semula nombor yang sama sekiranya berlaku kehilangan telefon/kerosakan simcard)

b. Nombor yang sama boleh diupgrade kepada pakej postpaid

c. Kadar panggilan 15 sen seminit untuk 10 nombor dan 36 sen seminit bagi nombor lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *