Saya Cuti Belajar..

Hari ni saya sibuk menghabiskan buku Property Jewel oleh Renesial Leong.

My investment before I start my property investment

Adi tanya saya, “Umi cuti ke hari ni?”

Saya jawab, “Umi cuti belajar. Maksudnya, Umi cuti. Tapi umi belajar. Sebab umi nak baca buku.”

🙂

 

Sebelum saya beli rumah yang saya duduki sekarang, saya banyak membaca artikel tentang pelaburan hartanah, cara jual beli dan cara terbaik untuk optimumkan keuntungan.

Alhamdulillah, dengan ilmu yang diperolehi saya telah berjaya membeli rumah pertama dengan hanya membayar deposit sebanyak 1%, dan bukannya 10% – 20% seperti yang biasa dilakukan.

Selain itu, saya juga telah mendapat persetujuan daripada pemilik asal untuk membuat pinjaman melebihi RM10,000 daripada nilai sebenar.

Dengan ini, setelah tolak deposit, duit lawyer dan duti setem, saya mendapat wang tunai melebihi RM5000.

Jadi, saya syorkan sangat para rakan-rakan semua untuk membuat pelaburan untuk ilmu terlebih dahulu sebelum membeli rumah yang selalunya merupakan benda termahal yang kita beli dalam hidup kita.

Apalah sangat pelaburan RM100-RM1000 jika dibandingkan dengan wang yang dapat dijimatkan dengan ilmu-ilmu yang bakal diperoleh. Betul tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *