Sakit Tekak di Waktu Pagi?

Semenjak kebelakangan ini, saya sering merasa sakit tekak di waktu pagi. Nak cakap pun tak boleh. Nak kata serius sangat, lepas makan pagi dah okey balik. Tapi perkara yang sama akan berulang setiap pagi. So, hari ini saya ada membuat sedikit research di internet tentang masalah saya ni. Dan untuk rakan-rakan yang mengalami masalah yang sama, bolehlah baca lebih lanjut di bawah ni:

SAKIT TEKAK

Sesetengah orang bangun pagi akan merasa sakit tekak yang akak hilang apabila mereka memulakan aktiviti harian mereka. Perkara ini boleh berlaku secara bermusim ataupun sepanjang tahun. Sakit tekak jenis ini adalah biasanya disebabkan oleh alahan/elergi dan menyebabkan hidung anda tersumbat.

Apabila hidung anda tersumbat, anda akan bernafas melalui mulut pada waktu malam. Apabila anda terjaga, tekak anda akan merasa kesakitan daripada udara kering yang melaluinya. Untuk menghentikannya, anda hendaklah mencuba membuat sesuatu daripada perkara berikut:

– Minum air teh yang panas dengan madu. Sebaik-baiknya gunakan teh herba. Anda juga boleh meminum air suam dengan madu dan limau nipis.

– Cuba tukar berus gigi dengan lebih kerap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *