Rezeki Datang Dalam Pelbagai Bentuk

Hari ni saya rasa sangat bertuah kerana mendapat 2 undangan makan malam yang tak disangka2. Undangan pertama datangnya daripada seorang klien saya yang membuat majlis Akikah untuk cucunya. Undangan kedua pula adalah dari mak angkat saya yang ingin mengajak kami makan Nasi Ayam Penyet di kedai makannya.

Sebenarnya sejak kebelakangan ni saya memang rajin memasak dan sangat jarang makan di luar. Tapi sekali sekala makan free, apa salahnya kan?

Setelah membuat pertimbangan sewajarnya saya dan suami memilih untuk hadir di majlis Akikah dan menolak undangan mak angkat saya. Dan malam itu kami sekeluarga telah makan Nasi Beriyani Kambing yang sungguh lazat. Alhamdulillah…

Dalam perjalanan balik, saya teringat kandungan sebuah buku yang bertajuk ‘The Law of Attraction’ mengenai rezeki dan wang. Menurut buku itu, ramai orang menganggap bahawa rezeki adalah dalam bentuk duit semata-mata. Sebaliknya konteks rezeki adalah lebih meluas dan dalam pelbagai bentuk seperti:

a. Mendapat tempat parking yang baik
b. Mendapat diskaun untuk sebarang pembelian
c. Mendapat air/makanan percuma
d. Menumpang kenderaan orang lain untuk ke mana2
e. Menerima undangan ke majlis makan2
f. Seseorang meminjamkan barang atau buku yang tak mampu dibeli

Selepas membaca buku ini, saya mula belajar untuk menghargai perkara2 di atas dan menjadi manusia yang lebih bersyukur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *