Pesanan Arwah Umi
Hari ini saya ingin berkongsi beberapa pesanan arwah umi saya yang mungkin boleh dijadikan pedoman kepada rakan-rakan semua:
1. Jangan bertandang ke rumah orang di dalam keadaan lapar
Moral : Apabila ke bertandang di dalam keadaan lapar, kita akan berasa terliur apabila melihat makanan yang ada di rumah mereka. Dan jika mereka tidak offer kepada kita, kita akan mudah merasa kecil hati. Tambahan pula, perut yang lapar akan menyebabkan anda tidak selesa dan cepat marah.
2. Bersedekah kepada orang yang lebih tua
Moral : Dengan bersedekah kepada orang tua, kita bukan sahaja menggembirakan mereka malah kita juga dapat memberi contoh yang baik kepada anak/adik kita. Perkara ini juga akan menyebabkan orang tua mendoakan kita dan menjadikan hidup kita lebih berkat
mana cup cake aku ni?x sabar nak rasa cup cake best…jangan lupa datang raya rumah aku….raya ke6 25sept…