Monday January 14, 2008 13:32

Pendaftaran Peserta KPLI di Institut Perguruan Temenggung Ibrahim

Posted by FadzilahMamat

Hari ini saya telah menemankan suami saya untuk mendaftar sebagai peserta KPLI di Institut Perguruan Temenggung Ibrahim, Larkin, Johor.

Sebelum kami pergi bermacam-macam persoalan bermain di fikiran saya terutamanya dari segi penginapan. Saya nak pastikan samada dia wajib tinggal di asrama ataupun tidak. Maklumlah kami sudah mempunyai 2 orang anak lelaki yang tengah aktif (Muhammad Aidil Iqbal – 4 tahun dan Muhammad Adi Irsyad – 18 bulan) dan saya tidak boleh bayangkan kalau saya terpaksa menjaga mereka seorang diri selama hampir setahun suami saya berkursus nanti.

Setelah semua sesi pendaftaran selesai, saya rasa tersangatlah lega kerana peserta KPLI di Institut Perguruan Temenggung Ibrahim tidak diwajibkan untuk tinggal di asrama. Alhamdulillah, hanya tuhan yang tahu betapa leganya saya!

Kepada rakan-rakan yang sedang mencari maklumat tentang KPLI, di sini saya kongsikan beberapa maklumat yang mungkin berguna kepada anda:

1. Peserta KPLI akan dibayar elaun sebanyak RM13++ setiap bulan sepanjang tempoh kursus (tp elaun ini hanya akan diterima selepas bulan ketiga – biasalah tu… )

2. Tempoh kursus adalah selama setahun dan mengikut jadual sesi persekolahan Malaysia (maknanya kalau sekolah cuti, peserta KPLI pun akan bercuti. Best kan?)

3. Sekarang ni KPLI hanya menyediakan kursus untuk mengajar di Sekolah Rendah sahaja.

4. Gaji guru KPLI adalah lebih daripada guru biasa (Kalau tak salah, beza dalam seratus lebih – Kira okay jugakla sebab peserta KPLI ni belajar lebih lama daripada guru biasa)

5. Ramai peserta KPLI yang bercinta dengan rakan sekursus (Fakta penting ni! Kepada sesiapa yang mempunyai tunang/kekasih yang bakal menyertai KPLI sila berhati2 dengan fakta ini sebab terdapat banyak kes putus tunang apatah lagi putus cinta.. )

Hihihi… setakat ini sahajalah info tentang KPLI untuk hari ini. Jangan marah..

p/s : Anda juga boleh layari laman web ini http://www.ekpli.com untuk mengetahui maklumat lanjut dan juga rahsia untuk lulus cemerlang di dalam KPLI.



Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pelaburan Unit Trust.

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang kerjaya Unit Trust Consultant yang boleh membantu anda menjana pendapatan tambahan dengan cara yang profesional, tidak menganiaya orang lain, stress-free dan modal permulaan yang rendah.
Related Posts with Thumbnails

8 Responses to Pendaftaran Peserta KPLI di Institut Perguruan Temenggung Ibrahim

Avatar

ika

May 3rd, 2009 at 9:52 pm

salam..i dapat interview kpli kat maktab gaya sabah. harap-harap dapat la..Insya-Allah…

Avatar

FadzilahMamat

May 3rd, 2009 at 10:00 pm

Hi Ika,

Saya doakan Ika berjaya di dalam interview nanti..

Lagipun saya ada terdengar peserta KPLI ambilan Jun kebanyakannya akan ditempatkan di Sabah. Memandangkan Ika berada di Sabah, mungkin peluang Ika lebih cerah.

Good luck in your interview!!

FadzilahMamat´s last blog post..Surat Daripada SC Berkenaan Status Shariah Pelaburan ASB/ASN

Avatar

yob

September 7th, 2009 at 1:10 am

salam…saya dengar KPLI jun 2009 semenanjung semua akan juga dihantar semua ke sabah sarawak…betul ke ni?

Avatar

admin

September 7th, 2009 at 12:20 pm

Saya pun ada dengar macam tu jugak.. Tapi saya pun tak pasti kebenarannya..

Avatar

HANIZA

October 9th, 2009 at 4:06 pm

erm..thank for the info sis!saya nak apply kpli .tp selalu terlepas sebab x tau bila nak apply.kene sentiasa check moe website ker?
by the way ,saya nak tau gaji guru di bayar berlainan mengikut subject yang di ajar ker? atau semua guru kpli sama?
dan ada info yang mengatakan kalau choose subject selain dari bm,bi math & sains peluang lebih bagus yer….
thank you.i await for your reply sis.

Avatar

Shah

November 22nd, 2009 at 1:55 pm

Salam..thx ngn info terutamanya tentang b’cinta dengan rakan sekursus..hehe..mmg bhy tu..biase la..dh kuar insyaAllah dua2 jd cikgu,mest la amik yg dekat dan keje goverment gak.cuma 1 je la..harap sape2 yg amik KPLI ni..niat tu biarlah betul.kerja kerana Allah dan berkhidmat untuk menyampaikan ilmu dengan seikhlas hati..jgn nak kejar habuan je.yang plg penting jgn mkn gaji buta.xberkat duit tu.setakat ni sy rs pekerjaan guru plg mulia drpd profesion yg ade kat gov.sy dh muak ngn kakitgn kerajaan yg makin gaji buta,tiap bulan dpt elauns tp keje xseberapa,then mintak lak bonus,pastu ade yg mintak percent(rasuah)..sy keje swasta and penah nmpk dpn mata dgn xsegan silunya pegawai gov mintak percent.malu jd org melayu dan Islam ms tu psl die minta dengn cina.cina tu sendiri respect Islam.xnak bg rasuah psl tahu haram.

Avatar

Fauzie

December 9th, 2009 at 10:30 pm

ader lagi ke ambilan KPLI sekarang ni..x silap dah kena beku cz bulan 7 or 8 tadi kecoh pasal penempatan guru..

Avatar

far

August 18th, 2010 at 8:07 am

sape yg ada mklumat sen.nama kpli 2008 kt IPTI,macm ner nk dpatkan no tel diaorg

Comment Form


CommentLuv Enabled

Peluang Kerjaya

Sila klik banner di bawah untuk maklumat lanjut tentang kerjaya Unit Trust Consultant yang boleh membantu anda menjana pendapatan tambahan dengan cara yang profesional, tidak menganiaya orang lain, stress-free dan modal permulaan yang rendah.

Email Subscription

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Join Me On Facebook!

Chat With Me!

Archives

Recent Comments

  • FadzilahMamat: Bagi saya ada baiknya terus sambung phd lepas ijazah sebab dapat jimatkan masa.
  • FadzilahMamat: Kalau nak buat di rumah tak perlukan lesen.
  • odong: yoa,, mkasih tipsnya, dipikir pikir sampai kpan ku bgini trus,,, ku pengen lpas dari dunia lama,,, ku pengen...
  • far: sape yg ada mklumat sen.nama kpli 2008 kt IPTI,macm ner nk dpatkan no tel diaorg
  • Ferdinand Yeo: Saya seorang guru di bandar Miri, ingin memberi tuisyen di rumah untuk pelajar dari sekolah rendah dan...

My Business

Info Pelaburan Unit Trust





Kelas Buat Blog





Kelas Cepat Membaca

My Business

Blogs I Read

My Friends

My Sponsor




Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pelaburan Unit Trust dan peluang kerjaya sebagai seorang Unit Trust Consultant yang mampu menjana pendapatan lumayan dengan waktu kerja yang sangat fleksibel dan boleh dilakukan secara part time atau full time!