Nak Jadi Jutawan Hartanah!

Sejak beberapa hari yang lepas saya makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena.

Semuanya disebabkan penangan ebook The Road To Wealth oleh Robert G. Allen.

Memandangkan waktu siang saya sangat terhad (kerana sibuk mengejar target sales harian sebanyak RM22727 dan membantu ejen-ejen saya), saya hanya mempunyai masa untuk membaca ebook ini pada waktu malam.

Jadi, walaupun sangat excited dan tidak sabar nak habiskan ebook ni, saya terpaksa tahan nafsu dan baca sikit-sikit. Nasib baiklah hari Sabtu & Ahad ni saya agak free jadi saya boleh pulun baca ebook ni habis-habis.

Alhamdulillah selepas 4 hari (bermula Khamis yang lepas), saya berjaya menghabiskan ebook ini dengan jayanya.

Sebenarnya sebelum ni saya pernah baca ebook ini tapi cuma sepintas lalu sahaja. Jadi kali ni saya pulun habis dan baca every word. Suka sangat!!

Selepas baca dalam 20 muka surat pertama, saya tersangatlah excited dan terus pergi ke kedai buku MPH yang berdekatan dan telahpun membeli buku berkaitan 2 buah pelaburan hartanah + sebuah buku tentang pengurusan pekerja + sebuah buku tentang tips menjual. Jumlah pelaburan = RM200++.

Tak sabar nak habiskan buku-buku tu semua pulak. 🙂

p/s : Saya dah start praktikkan ilmu yang dipelajari. Dah call potential seller untuk sebuah rumah di Taman Pulai Perdana. Esok nak check market value dan cuba deal. Nego till let go. Hehehe… 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *