Mood Dah Datang Kembali.. :))

Banyak perkara yang mengembirakan berlaku hari ni. Antaranya adalah ada ejen yang close sales besar, ada ejen baru yang bakal close sales dan ada klien yang nak topup investment.

Tapi, selain daripada benda-benda tu, salah satu cara untuk jadi orang yang bahagia adalah dengan mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan.

Contohnya hari ni,

Bila bangun pagi dalam keadaan sihat, rasa bersyukur sangat

Bila tengok muka anak-anak yang comel dan sihat, rasa bersyukur sangat

Bila bangun dalam keadaan bilik yang selesa, rasa bersyukur sangat

Bila panaskan enjin kereta yang selesa, rasa bersyukur sangat

Bila bukak pagar guna remote, rasa bersyukur sangat

Bila sampai di destinasi dengan selamat, rasa bersyukur sangat

Bila nak balik dan kereta masih ada di tempat parking dalam keadaan yang sempurna, rasa bersyukur sangat

Bila balik rumah dan ada 4 orang hero yang menyambut dengan ceria, rasa bersyukur sangat

Alhamdulillah, ada banyak sangat nikmat untuk disyukuri.

 

Bak kata pepatah,

If you want to feel rich, count the things that money cannot buy

4 thoughts on “Mood Dah Datang Kembali.. :))

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *