Mimpi Dapat Baby Girl

Pagi tadi saya bermimpi doktor mengesahkan saya akan mendapatkan baby girl. Sebelum ni semasa membuat pemeriksaan bulanan, doktor masih belum dapat mengagak jantina bayi saya. Tapi katanya ada kemungkinan baby saya adalah lelaki.

Kalau diikutkan, saya rasa ok je kalau dapat sorang lagi anak lelaki. Budak2 kecik kan semuanya comel dan lucu. Lelaki ke perempuan ke, sama sahaja sebenarnya. Lagipun kalau baby saya ni lelaki, bolehlah dia berkawan dengan Iqbal dan Adi. In fact, saya dah pun bercadang untuk menamakan baby saya Muhammad Ali Arman dan memang langsung tak fikirkan nama untuk baby girl.

Tapi bila dah mendapat mimpi macam ni, saya rasa saya kena bersedia dengan nama untuk baby girl. Kang nanti tak sempat pulak buat pendaftaran nama anak dalam tempoh 14 hari sebab masih tak ada nama yang berkenan di hati. Maklumlah, saya ni cerewet jugak bab nama anak ni.

Dulu pun sebelum bagi nama kepada Iqbal dan Adi, saya ambik masa 2-3 bulan jugak untuk mendapat nama yang saya rasa cantik dan mempunyai maksud yang baik. Kalau boleh, saya jugak nak elakkan nama yang terlalu glamer dan popular seperti Daniel, Haikal, Adam, Luqman dan lain-lain.

Memandangkan hari ini saya akan membuat pemeriksaan lanjutan untuk masalah Cyst yang saya hadapi di HSI (Hospital Sultan Ismail, Tebrau) saya pun nak mintak pertolongan doktor untuk mengintai jantina baby saya. Nak tahu apa keputusannya? Tunggu….

3 thoughts on “Mimpi Dapat Baby Girl

    1. admin Post author

      Hi Miza..

      Akak tak sihat. Selsema dan sakit tekak. Tapi dah makin ok. Akak due pada 1 Mei 2010 ni. Doakan akan dan baby ok ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *