Thursday January 21, 2010 09:34

Mimpi Dapat Baby Girl

Posted by admin

Pagi tadi saya bermimpi doktor mengesahkan saya akan mendapatkan baby girl. Sebelum ni semasa membuat pemeriksaan bulanan, doktor masih belum dapat mengagak jantina bayi saya. Tapi katanya ada kemungkinan baby saya adalah lelaki.

Kalau diikutkan, saya rasa ok je kalau dapat sorang lagi anak lelaki. Budak2 kecik kan semuanya comel dan lucu. Lelaki ke perempuan ke, sama sahaja sebenarnya. Lagipun kalau baby saya ni lelaki, bolehlah dia berkawan dengan Iqbal dan Adi. In fact, saya dah pun bercadang untuk menamakan baby saya Muhammad Ali Arman dan memang langsung tak fikirkan nama untuk baby girl.

Tapi bila dah mendapat mimpi macam ni, saya rasa saya kena bersedia dengan nama untuk baby girl. Kang nanti tak sempat pulak buat pendaftaran nama anak dalam tempoh 14 hari sebab masih tak ada nama yang berkenan di hati. Maklumlah, saya ni cerewet jugak bab nama anak ni.

Dulu pun sebelum bagi nama kepada Iqbal dan Adi, saya ambik masa 2-3 bulan jugak untuk mendapat nama yang saya rasa cantik dan mempunyai maksud yang baik. Kalau boleh, saya jugak nak elakkan nama yang terlalu glamer dan popular seperti Daniel, Haikal, Adam, Luqman dan lain-lain.

Memandangkan hari ini saya akan membuat pemeriksaan lanjutan untuk masalah Cyst yang saya hadapi di HSI (Hospital Sultan Ismail, Tebrau) saya pun nak mintak pertolongan doktor untuk mengintai jantina baby saya. Nak tahu apa keputusannya? Tunggu….

3 Responses to Mimpi Dapat Baby Girl

Avatar

miza

January 21st, 2010 at 3:01 pm

slm akak. ape khabar? hope akak sihat. bile due?

-miza-

Avatar

admin

January 21st, 2010 at 9:36 pm

Hi Miza..

Akak tak sihat. Selsema dan sakit tekak. Tapi dah makin ok. Akak due pada 1 Mei 2010 ni. Doakan akan dan baby ok ye..

Avatar

miza

January 22nd, 2010 at 6:12 am

insyallah.miza doakan agar semua ok.take care akak.

Comment Form

My Sponsor

Nak Beli Buku?

Recent Comments

  • idaazwe: saya sedang cari kerja part time.kawan saya ada ajak join zhulian ni..but saya jenis wa-was sal sblm no dah...
  • insan bermasalah: salam…. sy selalu kurang keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang ramai atau pun...
  • admin: Wah semangatnya makcik ni… siap hantar email pada naib canselor.. Moga2 semangat membara ni akan membuahkan...
  • Mezique: Good Luck to you :) UITM Kelantan baru post new openning due before 15 march ni..ada course business juga...
  • admin: Ish… berminat benar nampaknya ni.. Tapi tuan punya blog ni pun memang dah suka sangat dengar lagu ni....

Archives

Blogs I Read

My Blogs

My Friends

  • Icon Mimah

  • Icon Min

  • Icon Era

  • Icon Lord

  • Icon Siti Rohana