Macam Lama Je Tak Update Blog..

Actually semenjak beberapa hari yang lepas, saya mengambil keputusan untuk menyambung kembali pembelajaran bahasa Mandarin yang dah tergendala sejak 5 tahun lepas.

Masa mengandungkan Adi (tahun 2006), saya berkawan rapat dengan beberapa orang Cina. Jadi, saya belajar cakap dengan diorang. Kiranya masa tu bolehlah setakat nak bergossip dalam bahasa Mandarin.

Selain tu, saya beli buku Mandarin dan juga kamus dan belajar membaca dan menulis jugak. Sambil-sambil tengok filem @ drama Cina untuk belajar cara sebutan.

Lepas berhenti kerja (April 2007), saya dah tak boleh berkomunikasi dalam bahasa Mandarin lagi sebab dah takde geng untuk praktis. Makin lama, makin tak pandai. Dahlah saya pun dah jaraaaang sangat tengok tv, jadi memang makin jauh la dengan bahasa ni.

Bermula Isnin, saya ambil keputusan untuk mulakan kembali pengajaran yang tergendala. Target kali ni nak belajar betul-betul sampai boleh cakap dengan fasih, boleh betul-betul faham dan juga boleh membaca dan menulis.

Jadi, setiap kali menyusukan baby saya akan baca buku belajar bahasa Mandarin. Sebelum tidur pun sama. Bangun tidur pun sama.

Saya ni jenis yang tak suka stop bila dah excited dengan sesuatu benda. Rasa macam tak nak buat benda lain selagi tak pandai.

Tapi tak bolehlah macam tu kan. Macamana dengan klien-klien, ejen-ejen dan anak-anak yang perlukan perhatian.

Jadi, terpaksalah menjalani kehidupan biasa sambil-sambil mencuri masa untuk belajar bahasa Mandarin.

Doakan saya berjaya ya! ­čÖé

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *