Maaf Kerana Lama Menyepikan Diri
Assalamualaikum kepada rakan-rakan pengunjung laman web saya ini.
Di ruangan ini saya ingin memohon maaf kerana terlalu lama menyepikan diri. Sebenarnya sekarang ini di samping menjadi Perunding Unit Amanah untuk Public Mutual, saya juga sedang di dalam semester terakhir pengajian Sarjana di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Pengajian saya akan tamat pada April 2009.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan baru dan lama yang banyak meninggalkan komen-komen yang sangat menarik. Insya’Allah selepas ini saya akan cuba menjawab komen anda secepat mungkin.
Kepada rakan-rakan dan kenalan lama yang telah menghubungi saya setelah mendapat no telefon saya di laman web saya ini, saya sangat bersyukur kerana dipertemukan semula dengan anda. Semoga Allah memberkati pertemuan kita ini. Amin…
Good luck in your study!