Tuesday January 19, 2010 22:03
Sengsaranya Bila Selsema
Hari ni merupakan hari ketiga saya mendapat selsema. Sebenarnya saya ni bolehlah dikatakan seorang yang jarang terkena penyakit dan dan agak lama juga saya tidak selsema.
Disebabkan masalah selsema ni hidung saya tersumbat, pening kepala, mata berair dan rasa gatal2 di bahagian mulut, hidung dan mata dan sakit2 badan.
Bila kita jarang sakit, kita tidak akan menghargai nikmat sihat dengan sepenuhnya. Kita juga tak dapat memahami perasaan orang yang sedang sakit. Lagi satu, sakit ini akan mengingatkan kita kepada kematian dan boleh membantu kita mendekatkan diri kepada Allah.
Walaupun sengsara, saya berharap kesakitan ini dapat membantu menghilangkan dosa-dosa kecil dan menjadikan saya seorang muslimah yang lebih baik.
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pelaburan Unit Trust.
Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang kerjaya Unit Trust Consultant yang boleh membantu anda menjana pendapatan tambahan dengan cara yang profesional, tidak menganiaya orang lain, stress-free dan modal permulaan yang rendah.
- Category: Luahan Rasa
- No Comments





