Ku Bahagia

Alhamdulillah… sejak kebelakangan ni saya rasa sungguh bahagia.

Walaupun kesihatan saya tidak menentu (perkara biasa bagi pregnant moms) dan saya tidak dapat aktif dalam bisnes Public Mutual menyebabkan income saya juga makin menyusut, namun saya merasa sangat bahagia..

Kenapa? Because i choose to think happy thoughts and choose to be happy!! Senang kan?

Untuk lebih spesifik, saya akan mencari perkara2 baik untuk disyukuri. Sebagai contoh, jika suami saya membeli makanan yang saya sukai, saya akan berfikir bahawa dia sangat mengambil berat tentang saya. Jika dia menolong saya membuat kerja rumah, saya akan berfikir bahawa dia sangat mencintai saya.

Bila anak saya bermain dan merosakkan mainan, saya akan berfikir bahawa anak2 saya sedang belajar dan membuat eksperimen. Setiap kali saya tengok anak2 saya, saya akan rasa sangat bersyukur dan bertuah kerana dikurniakan dua orang anak yang comel, pandai dan mendengar kata (di mata saya).

Bagi saya, kita tidak boleh menentukan apa yang akan berlaku di dalam hidup kita. Tetapi kita boleh pilih samada untuk menjadi gembira atau sedih, sengsara atau bahagia.

One thought on “Ku Bahagia

  1. faida

    salam.

    i just found this blog from Google searching, and i instantly fall in love with your positivity and your nice writing! keep on doing motivating the rest of us! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *