Kemungkinan Besar Saya Akan Mendapat Baby Boy!

Entri ni merupakan kesinambungan kepada entri sebelum ni.. pasal mimpi dapat baby girl..

Nampak gayanya mimpi tinggal mimpi jelah.. sebab berdasarkan scan di HSI tadi, doktor kata baby saya adalah baby boy…

Tapi saya taklah terlalu kuciwa kerana memang selama ni pun saya panggil Baby Ali pada baby saya ni. In fact, Adi dan Iqbal pun memang panggil Baby Ali dan memang mengharapkan kehadiran Baby Ali.

Habis tu, nak cari nama untuk baby girl ke tak ni? Rasanya mungkin saya perlu cari jugak secara tidak serius. Maklumlah, selagi baby tak keluar ni, anything can happen kan?

Dulu masa saya mengandungkan Iqbal, 3 kali scan, nampak macam baby girl.. last2 keluar baby boy.. Masa tu saya punyalah beli barang2 berwarna pink dan dah standby nama Naurah Nur Aisyah. Lepas bersalin tu, kelam kabut jugak mencari nama sehinggalah saya menamakannya Muhammad Aidil Iqbal.

Nak tahu apa nama yang akan saya berikan pada baby saya nanti? Insya’Allah saya akan namakannya Muhammad Ali Arman. Cantik tak nama ni? Hehe… Diharap para penulis novel yang membaca entri ini tidak akan mencilok nama ini untuk dijadikan nama hero anda. (ye saya tahu ini ayat perasan tapi jangan marah ye!)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *