Kehilangan Handphone di Roadshow Public Mutual
Hari ini saya telah kehilangan handphone saya semasa Roadshow Public Mutual di Jusco Taman Universiti. Sebenarnya hal ini berpunca daripada kecuaian saya sendiri dan berlaku dalam masa yang sangat singkat.
Sebelum itu, saya telah membuat satu panggilan telefon. Kemudian, saya tinggalkan telefon saya di atas meja sebelum menghampiri seorang prospek. Selepas kira-kira 2 minit, saya kembali ke meja dan mencari handphone saya. Malangnya, saya tidak berjumpa. Apabila saya menggunakan handphone kawan dan cuba hubungi nombor telefon saya, dah tak dapat. Sah, telefon saya sudah kena curi! (Saya rasa hairan jugak kerana pada masa tu, ada seorang rakan sedang duduk di meja sebelah)
Sedih rasanya sebab saya baru je sebulan menggunakan handphone tu. Apabila saya menghubungi service centre Happy (saya menggunakan pakej Happy iaitu merupakan anak syarikat Digi) untuk mendapatkan semula nombor saya, bertambah sedih dan kecewa rasanya sebab mereka tidak dapat menggantikan semula nombor telefon saya.
Saya tidaklah terlalu sedih kerana kehilangan telefon tetapi sedih kerana saya dah banyak memberikan kad dan juga flyers dengan no telefon saya kepada prospek-prospek yang telah saya jumpa di sepanjang roadshow. Dan berdasarkan pengalaman saya, kebanyakan prospek akan telefon semula untuk maklumat lanjut. Frustnya…
So, kepada rakan-rakan yang terlibat dalam bidang sales/marketing seperti saya, pesanan saya agar menggunakan postpaid kerana jika telefon anda hilang, anda boleh mendapatkan semula no telefon anda. Sekurang-kurangnya anda hanya kehilangan telefon tetapi masih dapat dihubungi oleh prospek2 anda.
- Seronoknya Dapat Duit Dari Internet!
- Tips Melakukan Promosi – Buat Promosi di Tempat Yang Sama!
guna hotlink pre-paid bole je dapatkan balik no yg hilang. cuma kena pegi ofis maxis, request no lama, dorang akan bagi simkad baru. kena bayar rm20 je utk simkad tersebot. nombor kekal no lama.