Hello World!

Assalamualaikum semua,

Selamat datang ke laman blog ini. Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut, biarlah saya bercerita serba sedikit mengenai latar belakang saya. Sebenarnya saya merupakan seorang Unit Trust Consultant dari Public Mutual. Pada masa yang sama, saya juga sedang melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Keusahawanan IT (SKIT) di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai semenjak 25 Julai 2007.

Sebenarnya saya sudah terfikir untuk menulis blog semenjak hari pertama saya belajar tentang ilmu keusahawanan kerana setiap hari banyak perkara baru yang saya pelajari dan saya rasa ingin berkongsi ilmu dengan sesiapa yang mempunyai minat dalam bidang keusahawanan.

Di blog ini juga saya akan memberi sedikit sebanyak ilmu yang ada tentang perancangan kewangan. Sebenarnya saya sendiri pun masih baru di dalam bidang perancangan kewangan, namun begitu saya rasa ilmu yang berkaitan dengan kewangan ini perlu ada pada setiap orang bagi meningkatkan lagi kedudukan ekonomi dan juga taraf kehidupan kita semua.

Saya harap perkongsian ini dapat menjadi satu panduan yang berguna kepada semua pembaca laman blog saya ini. Sesungguhnya segala yang baik itu adalah ilham daripada Allah s.w.t.

Sekian, terima kasih.

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge