Hari Sabtu Yang Indah & Masa Ceria Bersama Kak Yati, Kak Eim & Cik Sal

Saya suka hari Sabtu..

Mungkin sebab saya anggap hari ni adalah hari cuti dan saya tak rasa bersalah langsung kalau saya tak keluar ke mana-mana.

Lagi satu, sebab En Wan ada kat rumah dan boleh spend time together-gether you.. Hihi..

Dan biasanya hari Sabtu adalah hari saya update blog Unit Trust dan juga blog SMART Consultant Team.

Tapi hari ni ada aktiviti tambahan sebab hari ni saya, Sal dan Kak Eim telahpun ke rumah Kak Yati kerana melawat anaknya yang baru je keluar hospital disebabkan bisul di muka.

First time la kot buat perjumpaan santai macam ni. Biasanya jumpa waktu training mingguan, masa roadshow ataupun waktu breakfast pada hari bekerja. Tapi pada waktu-waktu macam tu, masa agak terhad jadi tak sempat nak betul-betul bergurau senda dan bergelak ketawa.

Pendek kata, petang tadi perjumpaan di rumah Kak Yati sangatlah meriah. Tak sangka sangat, dalam masa kurang setahun, melalui bisnes unit trust, hubungan kami sangat rapat!!

Kami pun merancang nak buat aktiviti bowling ataupun family day di air terjun atau pantai.

Kiranya perbualan yang santai tapi diselangi dengan  perkongsian impian dan juga strategi untuk terus berjaya di dalam bisnes ni.

To Kak Yati, Kak Eim & Sal, korang memang sangat best. Sayang korang!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *