Rasa Macam Yang Berhormat

Semalam adalah hari yang sibuk, seronok dan membuatkan saya rasa seperti seorang Yang Berhormat. Hehe..

Pagi-pagi ada seorang ejen (merangkap kawan sekolah) datang ke rumah untuk ajak saya bersarapan bersama-sama. Kami makan Nasi Kerabu + Daging Bakar di Restoran Lokman.

Tengahari jumpa bakal ejen, seorang pensyarah berpangkat Dr yang memberikan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk mendaftar.

Petang ada seorang lagi ejen datang ke rumah untuk mengambil borang pelaburan. Saya gunakan masa ni untuk sesi personal coaching dan mentoring untuk membakar semangat dia untuk terus sukses.

Malam ada lagi seorang ejen (part time) yang datang untuk kirim borang pelaburan yang ingin disubmit. Sekali lagi buat personal coaching dan mentoring.

Seronoknya dapat coaching, bagi semangat dan meluangkan masa dengan orang-orang yang kita suka.

Alhamdulillah!! Suka sangat dengan kerja saya.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *