Hari Konvokesyen Saya di Universiti Teknologi Malaysia

Semalam merupakan hari konvokesyen saya dan saya merasa gembira kerana menerima skrol daripada Sultanah Johor iaitu Sultanah Zanariah. Bukan senang nak dapat skrol daripada Sultanah ni. Penghormatan ini hanya untuk pelajar PhD, Sarjana dan juga pelajar-pelajar Sarjana Muda yang cemerlang.

Saya ni bukanlah pelajar cemerlang sewaktu Sarjana Muda dahulu so dulu tak merasa terima skrol daripada Sultanah. Tu yang rasa happy sangat tu.

Saya pun rasa happy sangat kerana dapat berjumpa rakan-rakan sekursus especially Min & Aja.

Memandangkan negara dilanda virus H1N1, semua graduan, tetamu dan pegawai universiti dikehendaki memakai mask. Bagi saya ianya sangat kelakar dan akan menjadi satu kenangan yang akan diingati sampai bila-bila.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *