Fieldwork & Personal Coaching With Kak Eim

Hari ni saya keluar menemani salah seorang business partner saya, iaitu Kak Eim yang sekarang sudahpun menjadi seorang Unit Trust Consultant sepenuh masa.

Kami pergi ke dua buah kilang di Pekan Nenas untuk berjumpa prospek Kak Eim. Sebenarnya Kak Eim ni memang dah sangat mahir dalam buat presentation. Malah, bulan lepas dia merupakan Top 3 Sales Producer untuk group saya. Namun begitu, tujuan saya keluar dengan dia adalah untuk memantapkan lagi presentation Kak Eim dan menunjuk cara mendapatkan referral daripada prospek.

Alhamdulillah kami pulang dengan membawa dua borang pelaburan EPF yang sudah siap ditandatangani.

Lepas tu, Kak Eim singgah di rumah saya untuk makan tengahari dan isi beberapa borang lain yang akan dihantar ke pejabat Public Mutual petang ni.

Itulah keseronokan buat bisnes sendiri. Sebabnya kita boleh spend masa dengan orang yang kita suka. Bekerja sambil bergurau senda. Memang sangat seronok dan tak rasa seperti bekerja pun.

Semoga ukhuwwah yang terjalin antara kami melalui bisnes ini akan terus berkekalan. Amin..

One thought on “Fieldwork & Personal Coaching With Kak Eim

  1. Rimawati Bohari

    Alhamdullillah n syukur kpd Allah swt. Pjalanan siang hari 2o mei amat mbahgiakan kak Eim. Thanks 2 Fadzilah yg byk sgt mbantu slama 6bln ni yg mberi peluang mbuka jalan utk mjadi unit trust consultant yg bjaya…Fadzilah mmg x kdekut ilmu hari ni ade lg ilmu2 yg dkongsi utk dpelajari dcontohi n dpraktikn pendek kata mmg sentiasa bsedia bkhidmat …mmg kerjaya sbgai unit trust consultant ni mberi kite byk kelebihan…blh managed time sndri,,, blh jadi boss..blh kuar n spend time dgn sapa yg kite suka n bkongsi apa2 ajer….pendek kata… cara kite bkerja adalah mgikut cara masa n keselesaan kite sndri….mmg best ar yeyeahhhh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *