Ada Can Nak Jalan-jalan Ke Bintulu

Dua malam lepas ada seorang rakan saya tumpang bermalam di rumah. Dia baru sampai dari Bintulu untuk urusan pendaftaran Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) di UTM Skudai.

Sempat jumpa dia malam tu je sekejap sebab masa dia sampai pun dah lewat, dalam pukul 11 malam.

Esoknya pulak pagi-pagi lagi dia dah keluar untuk urusan pendaftaran dan lepas tu terus masuk kolej.

Lepas ni time dia cuti semester, insyaAllah nak ikut dia ke Bintulu. Nak pergi sendiri tak biasa. Kalau ada orang bawak, confident sikit.

Saya memang teringin sangat nak ke Sabah & Sarawak bersama keluarga. InsyaAllah tak lama lagi akan jadi kenyataan. Lepas ni bolehlah review tempat-tempat menarik kat Bintulu. 🙂

Kepada Cik Lin, belajar rajin-rajin ya. Semoga dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang dan jadi guru yang dihormati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *