Bila Saya Pergi KL, Apa Yang Saya Nampak..

Banyak sangat barang berjenama dengan harga yang tak masuk akal. Dan banyak sangat orang-orang yang sangat stylo dari atas ke bawah..

Kesimpulan yang saya buat..

Betul sangat apa yang Will Smith cakap,

“Too many people spend money they haven’t earned, to buy things they don’t want, to impress people they don’t like”

Jadi, saya berjanji taknak masuk dalam golongan ni.

Saya takkan beli sesuatu barang yang kurang perlu, semata-mata untuk impress orang lain. Lagipun, barang-barang berjenama ni memang takkan habis dan kita memang tak akan mampu untuk ikut trend.

Bagi saya, barang = duit = masa bersama keluarga yang perlu dikorbankan.

Sebagai contoh, bila saya tengok sebuah handbag berharga RM10,000, saya akan fikir untuk dapat banyak ni, saya kena bekerja selama xx jam selama xx hari. Sedangkan masa tu saya boleh gunakan untuk bersama keluarga.

Jadi, saya buat pilihan untuk tidak memiliki handbag tersebut dan pilih untuk berehat bersama keluarga.

Bak kata ayah saya,

“Dalam membesarkan anak, lebih baik kurang duit, lebih masa. Jangan lebih duit, kurang masa”

Bila saya cakap macam ni, bukan bermakna saya malas bekerja. Sekarang saya memang super duper rajin. Cuma, saya taknak spend masa untuk benda yang sia-sia. Lebih baik saya simpan @ melabur supaya pada suatu hari nanti saya dapat betul-betul pencen dan menghabiskan masa dengan orang-orang yang tersayang tanpa perlu fikir tentang duit.

Apa pilihan anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *