Berjumpa Dengan Pembaca Blog Fadzilah Mamat Dot Com

Pagi tadi saya telah berjumpa dengan seorang pembaca blog ini iaitu En Hisham yang merupakan seorang usahawan bisnes tuisyen. Perjumpaan dibuat di Sedap Corner, Jusco Taman Universiti.

Pada mulanya saya ingat En Hisham berminat untuk menjadi business partner saya dalam bidang pelaburan unit trust, rupa-rupanya beliau ingin mendalami selok belok internet marketing. 🙂

Jadi saya pun tolong beliau setup blog wordpress percuma untuk bisnes beliau dan juga berkongsi cara-cara untuk update blog.

20120131-130340.jpg

En Hisham yang sangat berkarisma

Saya juga mengingatkan beliau bahawa blog adalah seperti sebuah kedai. Cantik atau tidak tak terlalu penting, yang penting adalah pengisian di blog.

Makin banyak barang, makin ramai orang akan datang ke kedai kita. Makin banyak maklumat, makin ramai pengunjung akan singgah ke blog kita.

Yang penting, sentiasa update blog bagi menunjukkan komitmen kita pada bisnes yang dijalankan. Ini kerana pelawat blog membuat penilaian terhadap kita melalui artikel-artikel kita di blog.

Kepada En Hisham, salam perkenalan dari saya dan saya doakan anda menjadi seorang usahawan mukmin yang berjaya dengan cemerlang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *