Alhamdulillah..

Dari semalam saya rasa sakit tekak. Nak telan air liur pun rasa sakit. Bangun pagi ni, rasa sakit makin bertambah.

 

Alhamdulillah.. bersyukur sangat dengan nikmat kesihatan selama ini. Lagipun sakit ni mungkin akan berakhir dalam masa dua tiga hari tetapi sudah berpuluh tahun Allah anugerahkan saya dengan nikmat kesihatan.

Saya juga pasti ada hikmah di sebalik penyakit yang didatangkan ini. Mungkin hikmahnya:

  1. Supaya mulut saya dapat berehat
  2. Supaya saya memperlahankan suara bila bercakap dengan ahli keluarga tersayang
  3. Supaya selera makan berkurang
  4. Supaya saya sedar segala kejayaan saya adalah melalui nikmat kesihatan dari Allah
  5. Sebagai penghapus dosa

 

One thought on “Alhamdulillah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *