Alhamdulillah.. Kembali Berstatus Glitterati & Azam Untuk Menulis Bagi Mendapat Pahala Berpanjangan

Bangun pagi, bukak website Nuffnang.

Gembira sangat!

Alahai senangnya nak menggembirakan hati Fadzilah Mamat ni. Jadi Glitterati pun dah gembira. Belum dapat income beribu-ribu daripada Nuffnang.

Kepada yang mungkin terus baca post ni sebelum baca post semalam yang berkaitan tentang hal ni, boleh rujuk kat sini ya.

Takpe, saya ni suka berpandangan jauh ke depan. Red Mummy pun amik masa beberapa tahun untuk dapan income lebih seribu melalui Nuffnang.

Yang penting, istiqamah dan selalu update blog.

Bila blog kita bermanfaat, pasti ramai pengunjung. Dari situlah baru duit iklan makin banyak, di samping saham akhirat yang berpanjangan.

Sebab tulah saya tak suka nak tulis perkara negatif di blog. Taknak dapat dosa berterusan. Kalau cerita benda betul yang tak baik, itu dikira mengumpat dan mengaibkan orang. Kalau cerita benda betul yang tak baik, dikira memfitnah pulak. Nauzubillah.. taknak sangat.

Nak dapat pahala berpanjangan je. Taknak dosa berpanjangan. Kalau rakan-rakan ada terbaca artikel saya yang mungkin boleh mengundang dosa, harap dapat maklumkan kepada saya ya.

InsyaAllah saya akan terima teguran dengan hati terbuka. Yang penting kita saling ingat mengingatkan ke arah kebaikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *