Adakah Saya Terkena Peer Pressure Untuk Beli Beg Tangan Mewah?

Sebelum ni.. saya memang tak pernah berminat dengan beg tangan mewah. Rasa ruginya nak habiskan duit beribu-ribu untuk beli. Beg je pun kan..

Tapi semalam lepas berseminar dengan ejen-ejen meletup yang kebanyakannya pakai Chanel, LV, Coach dll saya rasa ter’pressure’ pulak.

Tetiba hari ni saya search gambar dan harga beg-beg mewah ni.

Saya tak suka beli sesuatu disebabkan orang lain. Saya nak beli sesuatu disebabkan saya memang nak.

Buat masa sekarang.. tak buat keputusan lagi.

Tapi ada yang kata, anggap tu sebagai hadiah untuk diri sendiri.

Mmm.. mungkin lepas naik ke pangkat GAM nanti baru saya beli kot. Kalau dah lepas tolak segala perbelanjaan, duit masih ada baki lagi dalam 40-50k, barulah saya pertimbangkan. 🙂


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *