Umi.. Nak Ngaji..

Pukul 10.48 malam Abang cakap macam ni pada saya.

Saya sampai dari KL sekitar pukul 10 malam. Selepas berbual-bual dengan Abang dan Adi, dalam pukul 10.30 malam saya suruh Abang dan Adi berus gigi dan tidur.

Tiba-tiba Abang keluar bilik dan cakap,

Umi.. Nak ngaji.

Aduhai.. berbunga riangnya hati Umi bila dengar permintaan Abang. Tapi memandangkan dah terlalu lewat, jadi Umi cakap la malam ni Umi bagi cuti.

Sayang sangat pada Abang yang soleh.

 

Tagged on: , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *