Umi, Jangan Lupa Bersedekah!

Hari ni nak bercerita tentang anak kedua saya, Muhammad Adi Irsyad yang akan menyambut ulang tahun ke-5 pada bulan Julai ni.

Adi bersekolah di PASTI dan saya suka sangat…

Kenapa saya suka?

Sebab setiap kali pulang dari sekolah, dia akan berkongsi ilmu-ilmu yang dipelajari di sekolah.

Sekarang ni setiap hari dia ingatkan saya supaya bersedekah supaya nanti saya dapat masuk syurga.

Setiap kali saya nak keluar, nanti dia akan pesan,

“Umi, jangan lupa bersedekah!”

Comel kan?

Memang tak nyesal hantar anak ke sekolah PASTI. Bukan sahaja yurannya sangat berpatutan, tetapi di sana murid-murid diasuh dengan ajaran Islam dari awal. Memang saya suka sangat!

Jemput jamu mata dengan kemachoan Abang Adi (nama panggilan di rumah). Kepada para ibubapa di luar sana yang nak cop Abang Adi sebagai menantu, peluang masih terbuka luas ya. 🙂

2 thoughts on “Umi, Jangan Lupa Bersedekah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *